Monday, March 3, 2014

Dua bulan sudah membina Baitul Muslim

Assalamualaikum dan Selamat Petang..

Ambil masa kejap lawat blog yang bersarang semut ni. Kalaulah punya masa yang banyak. Rindu nak update blog hari-hari macam zaman muda-muda dulu.Chewah..Tak bermaksud sekarang dah tua:-P Masih muda remaja okeh. Pejam celik dah dua bulan bernikah. Semoga Baitul Muslim yang dibina ni mendapat kebekatan dariNya.Aamiin. Dah tak lama majlis di Johor. Pengantin yang baru xberapa nak baru ni masih sibuk nak siapkan proposal master. Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan dalam mendalami ilmuMu.Janganlah kau gelapkan hati kami. Terangilah hati kami sebagaimana cahayaMu menyinari bumi ini. Moga majlis nanti akan berjalan dengan lancar. Dan defend proposal juga berjalan dengan sebaiknya. Penatnya Allah yang tahu. Sebagai isteri. Sebagai pelajar. Tapi harus redha. Jangan mengeluh wahai hati. Setiap kesulitan pasti akan ada hikmahnya. Lepas setel semua majlis nak update gamba banyak2 pastu nak post semua pasal majlis nikah and walimah. Then nak bercuti puas - puas dengan Encik Suami. Kesian pengantin tak pergi2 honeymoon lagi. Nah gambar setempek dua.










Makeup:Me
Photographer: Adik & Paksu and edited by Me
Veil n Shawl & Beading: Me
HB: Me
Dais and Bilik Pengantin: Me,Mum, Cousin & Makcik
Gubahan bunga: Me
Hantaran: Me

Puas hati. Semua sendiri. Tunggu Majlis Walimah di Jengka nanti. Semuanya nak kene DIY.Fuh..Tarik nafas. Ready to go!!!!



Yang Benar,
Puan Ayu(dah puan..cisss)

SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

::jom tengok iklan menarik:)::