Friday, September 5, 2014

6 months already..

Assalamualaikum..
Rindunya nak berblogging..pejam celik dah 6 bulan anak umi bertapa dalam perut umi ni..Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat umi dan adik baby.Cukupla seminggu umi demam panas..tak boleh tido sampai nangis-nangis. Tak apala demi adik baby. Umi kene kuat. Kene bersabar dengan setiap masalah dan cabaran yang datang. Tak sabar nak tunggu adik baby keuar. Lagi tiga bulan jer lagi. Walid pon dah tak sabar. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik. Semoga niat umi nak lahirkan adik secara normal dimakbulkan Allah. Semoga keluarga kita bahagia dunia dan akhirat. Umi sayang walid dan adik baby sangat-sangat. Semoga Allah berikan umi kekuatan untuk jadi isteri yang baik..umi yang baik...Cepat-cepat habis belajar dan tolong walid bebankan ringan keluarga. Apapon I'm happy with my life now. May Allah grant us happiness till Jannah.




SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Wednesday, July 9, 2014

majlis di Jengka (7 Jun 2014)

Assalamualaikum.
Dah lama biarkan blog bersawang. Macam nak buat satu transformasi kat blog ni. Layout and design blog macam kanak-kanak ribena sangat. Bukan ade orang pon nak baca tapi kalau dah nyanyuk nanti bolehla ingat balik nostalgia lama-lama kat blog ni kan. Majlis pon dah lama. Ni bukan setakat tertinggal bas, dah tertinggal kereta api Harry Potter dah ni.

Tak banyak gambar time majlis kat Jengka. Nie pon ambil dari orang lain punya. Sebabnya full album OP tak bagi lagi. Tak tahula bila siap. Hope cepatla siap yer. Tak sabar nak tengok gambar.

Alhamdulillah.Majlis berjalan dengan lancar dan meriahnya.Walaupun dalam majlis yang bersederhana and totally DIY sendiri dengan adanya pertolongan sanak saudara, akhirnya sempurna juga majlis kat Jengka. Bertambah meriah bila majlis ni berjalan sekali dengan majlis sambut menantu abang saya yang kedua. Cipta rekod kawan- kawan dah datang tapi saya si pengantin tak siap lagi sebab sibuk makeup kakak ipar. But the feelings sangat-sangat best sebabnya tanpa gangguan orang luar. Kitorang pengantin sibuk-sibuk dalam satu bilik siapkan diri sesama sendiri and the bonding between sister and sister in law is awesome.Biarlah orang nak cakap ape pon kan.Here is the pictures. 






Alhamdulillah Ya Allah.Nanti kalau ada gambar lagi bolehla tempek-tempek kat blog ni kan.Banyak benda nak diceritakan especially untuk pengantin-pengantin or B2B yang nak bajet tu actually memang boleh sangat nak berjimat dalam wedding korang.Duit hantaran yang diberi tu tak payah korang habiskan dan membazir. Sepanjang majlis cuma guna duit elaun yang xseberapa ni but Alhamdulillah.Cukup.Next time saya bagi tips k:P

SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Monday, April 21, 2014

Proposal accepted & Majlis belah Johor (22 Mac 2014)

Alhamdulillah..Setel majlis belah suami..Setel defence proposal..Masih bnyak lagi yang menanti..Rindu nak menulis..Bnyak benda nak diceritakan..Sedih ngan diri sendiri sbb xdisiplin dalam hidup..Semua benda tertangguh..Semua benda kelam kabut..Tarik nafas..Reschedule the time. Step by step.Slow2..InshaAllah akan O.K..Majlis Pahang pulak menanti...Belanja gambar sekeping dua untuk tatapan akan datang..:-P









SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Monday, March 3, 2014

Dua bulan sudah membina Baitul Muslim

Assalamualaikum dan Selamat Petang..

Ambil masa kejap lawat blog yang bersarang semut ni. Kalaulah punya masa yang banyak. Rindu nak update blog hari-hari macam zaman muda-muda dulu.Chewah..Tak bermaksud sekarang dah tua:-P Masih muda remaja okeh. Pejam celik dah dua bulan bernikah. Semoga Baitul Muslim yang dibina ni mendapat kebekatan dariNya.Aamiin. Dah tak lama majlis di Johor. Pengantin yang baru xberapa nak baru ni masih sibuk nak siapkan proposal master. Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan dalam mendalami ilmuMu.Janganlah kau gelapkan hati kami. Terangilah hati kami sebagaimana cahayaMu menyinari bumi ini. Moga majlis nanti akan berjalan dengan lancar. Dan defend proposal juga berjalan dengan sebaiknya. Penatnya Allah yang tahu. Sebagai isteri. Sebagai pelajar. Tapi harus redha. Jangan mengeluh wahai hati. Setiap kesulitan pasti akan ada hikmahnya. Lepas setel semua majlis nak update gamba banyak2 pastu nak post semua pasal majlis nikah and walimah. Then nak bercuti puas - puas dengan Encik Suami. Kesian pengantin tak pergi2 honeymoon lagi. Nah gambar setempek dua.










Makeup:Me
Photographer: Adik & Paksu and edited by Me
Veil n Shawl & Beading: Me
HB: Me
Dais and Bilik Pengantin: Me,Mum, Cousin & Makcik
Gubahan bunga: Me
Hantaran: Me

Puas hati. Semua sendiri. Tunggu Majlis Walimah di Jengka nanti. Semuanya nak kene DIY.Fuh..Tarik nafas. Ready to go!!!!



Yang Benar,
Puan Ayu(dah puan..cisss)

SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

::jom tengok iklan menarik:)::