Thursday, November 21, 2013

Review: Baju Tunang

Assalamualaikum.
Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Bosannya satu minggu ni tak ada orang kat workstation. Kak Awin ke Dubai. Alias pulak pergi conference present paper. Beginila nasib saya seorang research student. sobsob . Kalau tak ada orang baca buku or paper sikit boleh tersengguk-sengguk ngantuk. Sumpah bosan kot:P

Disebabkan bosan so nak review sikit pasal sepanjang majlis pertunangan 14 April 2013 lepas macam yang dijanjikan. Hari ni saya nak review pasal baju tunang saya. Macam dalam gambar kat bawah ni.

*Actually warna shocking yellow + pink tapi nampak macam warna pale yellow plak(effect camera maybe)

 *Hah..yang ni nampak terang sikit.

Sebenarnya masa pilih kain tiba-tiba terlintas nak warna kuning. Yela masa tu trend colour block kan. So pikir-pikir better mix dengan pink. Maca menarik. Kain ni beli kat JACKEL.Tak ingatlah berapa harga sebab tak tahu letak mana resit. Yang pasti kain ni beli sekali dengan kain baju lace hantaran tunang. So, encik tunang yang bayarkan.hehe.

Baju ni saya hantar kat tailor yang sangat best. Nama akak ni Kak Zarina. Muda lagi plus sporting. Rumah dia masuk ke dalam sikit kat Parit Rasipan. Tiang lampu 78 tak silap. Details x??haha..mana tahu ada yang berminat nak hantar kat sana kan. Paling penting murah sangat dia jahit. Baju kalau fesyen susah-susah pon tak akan sampai seratus la.Around 60-70. Tak silap baju ni pon dia dalam 50 jer. Saya rasa kalau kat KL 50 tu hanya jahit baju kurung je kan. Betul tak???Baju sanding dan persalinan pon saya hantar kat dia jugak. Sekali dengan baju sanding pengantin lelaki kot. Dah memang jadi pelanggan tetap dia so dapat murahla sikit. Saya sangat cerewet pasal baju. Bukan ape.Baju kat mana2 vendor bridals ni mesti ikut shape badan sangat. Dah besar tu besar terlajak. So decide buat sendiri senang. Puas hati.Fasyen baju ni dress maxi. Kain ni actually nak buat flowy tapi xcukup kain. Then, kak zarina buat mcm kembang sikit guna teknik segitiga.

Baju ni saya saja buat simple-simple. Bukan apa. Boleh pakai ke mana-mana function nanti. Tak adala segan sangat. Border lace beli online. RM15/m tapi ade 2 side. So jadi 2 meter la. Bunga fabrik saya jahit sendiri. Kain pink tu saya beli kain lebihan kat kedai kain ape tah. Tak ingat. Yang dalam Square One tu.RM 2 jer kain lebihan kalau kita nak guna sikit jer. Lepas tu manik beli dekat Air Hitam. So mulala gigih jahit manik. Mula-mula jahit dekat lace dulu lepas tu baru patch lace dekat baju.Saya saja tak nak jahit kat area leher sebab dah selesa pkai pashmina labuh tutup dada dan bahu. Jadi buang karan je kalau jahit area bahu atau leher. Ye dak.Total lost untuk baju RM50+15+2 =RM67.Murah kan????Sangat selesa dan yang penting tak ikut shape badan. Next entry nak cerita pasal veil dan tudung plak. Sayonara!


SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Wednesday, November 20, 2013

B2B 2: MY MAJLIS PERTUNANGAN(14 April 2013)

Assalamualaikum. Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Pagi ni pagi yang agak produktif. Awal sikit punch card. Dan sempat masak untuk bawak bekal ke cubic station. Biasala.Kene berjimat- cermat untuk kawen kan.:-) So before start buat keje bolehlah meng'hupdate' blog yang dah bersawang ni.

Sedar xsedar lagi 25 hari jer lagi for my big day. Tak sampai sebulan jer pon lagi. Ya Allah. Semoga dipermudahkan. Semua ni datang tiba- tiba. Serius tak rancang pon. Sebabnya masa tunang hari tu perjanjian ikat 2 tahun. Tiba -tiba mak en.tunang tanya nikah bulan 12 boleh tak ayu?? Sebab musababnya tak nak encik tunang posting cikgu jauh2 nun di Sabah atau Sarawak. Sayang lettew anak kesayangan die:P

Lepas jer mak dia tanya terus tanya parents masa balik cuti raya haji. Dah kenapa tiba- tiba ayah bagi pulak anak perempuan sorang dia ni kawen awal. Ingat tak bagi. Takpela. Redha jela. Mungkin jodoh dah sampai. Tapi serius masih tak boleh terima kenyataan. Banyak kejutan betul dalam hidup aku ni. Sambung master. Beli kereta. Kawen. Semuanya tak disangka-sangka. Semua tiba- tiba. Takut sebab nikmat yang Allah bagi ni pon ujian sebenarnya. T_T.So kesimpulan bulan 12 nikah,bulan 3 belah en.tunang and bulan 6 resepsi belah saya. Mesti pelik kan. Bukan ape. Nak buat resepsi sekali ngn abang. Jimat kos. Hehehe. Biarla orang nak kata pengantin dah basi pon. Yang penting yang wajib dah lepas.

Dah melalut kan. Sebenarnya nak tunjuk gambar tunang. Bukan ape. Senang anak cucu nak tengok nanti. Eh! ni gamba nenek tunang dengan atok ke???. Stylo la. Barula sweet gitu. hehehe.. Bukan ape. Masa tunang hari tu takdenye nak tempah OP ke ape. Membazir. So gambarnya pon tak banyak. Silap saya.Ade ke kamera bagi pengapit sebelah pegang. Habis bila nak tangkap gambarnya. Sengets. Menyesal.

 *Me with hasanah  (classmate masa sekolah rendah)

*Me with Amani (anak abg en.tunang)


*The other primary school's classmate

*The DIY dais and hantaran

* The delicious cake

* Me the sunburn girl.

Bila tengok gambar balik serius cakap dalam hati. Gelapnya kulit. Masa tunang ni saya baru je habis buat kerja luar. Memang sunburn habis kulit. tapi nak buat macam mana. Paksa rela jela bertunang dengan hati yang gumbira.hahaha. Takpe2. Kecantikan luaran tak penting. Yang penting dalaman. Ye dak. All the preps done by me except makan2 la. Tu semua ma dan ayah yang uruskan. Believe me my majlis pertunangan nampak macam meriah. Dah macam kenduri disebabkan saya ada keluarga yang sangat besar. Just imagine my cousins ade 64. Anak kepada sepupu ada 62 tak silap. Tu pon rasanya bertambah sebab tahun ni ada yang beranak. Yang pregnant pon ada. From 64 cousins baru 25 orang yang kawen. Believe me. HAHAHA. Gelak jahat. Tu baru sedare dekat. Habis yang jauh2. Cousin belah ayah lagi. Yang saya mention tadi belah mak je kot.

FYI, majlis pertunangan ni serius murah je saya berhabis. Tak sampai 2000. Dalam 1600 termasuk  cincin kot. Tu pon semua boleh pakai balik. Start from the baju, veil, bungan tangan, dais, hantaran for both side, goodies, makeup semua saya yang buat sendiri. Jimat kan. Lepas ni nak kongsi macam mana my preparations masa tunang dulu and ape yang saya DIY. Dan boleh kongsi my DIY untuk nikah pulak.



SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

::jom tengok iklan menarik:)::