Monday, January 28, 2013

budak kecik ni pandai

Assalamualaikum..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rindu pulak dekat budak kecik dua orang ni.Batrisya dengan Sofea.Dua-dua budak comel ni anak saudara Mr.Bakal Imam. Ayu rapat sangat dengan budak dua orang ni. Kesian Batrisya.Kecik-kecik dah hilang kasih sayang seorang ayah. Ayah dia meninggal tahun lepas. Rasa baru semalam jumpa Abang Ayie.Orangnya ramah.Banyak cakap.Tapi Allah lebih sayangkan dia. Arwah meninggal lepas bangun tidur waktu subuh. Pikir balik bila-bila masa Allah boleh tarik nyawa kita.Tidak akan lewat sesaat atau cepat sesaat.Sudah cukupkah amalan kita?

Dahla.Taknak sedih-sedih.Yang pergi biarkan pergi.Tapi aku masih kesian dengan kak Yanti. Terpaksa bersusah-payah jaga anak yang masih kecil.Paling sulung xsilap darjah 4.Batrisya yang paling bongsu.Darjah 1.Dia sorang perempuan.Kesian dia.Dahla manja.Ingat lagi lepas arwah meninggal kak Yanti pergi tukar tayar kereta sebab nak balik KL dah.Si Batrisya ni nangis tak henti2 nak mama dia.Sampai demam.Lepas tu boleh cerita kat Ayu yang dia dah tak ada kawan.Tak ada abah.Ada mama jer.Nangis aku masa tu.

Sofea pulak umur 5 tahun.Tapi dah pandai sangat. Tulisan cantik.Mewarna pon cantik.Comel jer.Dahla manja. Paling penting dengar cakap kalau kita tegur dia elok-elok.Even diorang ada maid masing-masing tapi aku masih solute sebab diorang xadalah manja sangat. Tak mengharapkan sangat kat bibik.Mungkin abang Ijam(abang Mr.Bakal Imam) tegas sikit dengan anak-anak.Adik Sofea pulak Kaira. So cute..Ngada-ngada.Jalan terkedek-kedek.Tapi suka berebut dengan kakak dia kalau nak main game kat Tab. Nasibla si Sofea suka mengalah dengan adik.Even aku tak ada anak sedara sendiri lagi ada diorang pon dah cukup. Siap cakap kalau Ayu kahwin dengan Paksu xleh panggil Kak Ayu dah.Kene panggil Maksu.Pandai yer budak sekarang:P


-Kaira & Sofea-

-Batrisya-


 hehehe..baik tak cikgu ayu..bagi A+++..Tiga bintang siap..Love u all..





SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

2 comments:

zeera roslan said...

haha..comel! pasni xleh panggil kak ayu tp panggil maksu, ;)

Mas Ayu said...

hehehe...tula..tau xpe zeera

::jom tengok iklan menarik:)::