Friday, December 27, 2013

My solemnization day :-P(14 Disember 2013)

Assalamualaikum..Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Sumpah tak dan nak berblogging...Super duper busy..Nah tempek gambo sedas dua..Nanti kalau dah free baru hupdate..bye.Banyak yang nak dicerita. Banyak lagi gambar yang nak kongsi.Sabo2.



SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Thursday, November 21, 2013

Review: Baju Tunang

Assalamualaikum.
Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Bosannya satu minggu ni tak ada orang kat workstation. Kak Awin ke Dubai. Alias pulak pergi conference present paper. Beginila nasib saya seorang research student. sobsob . Kalau tak ada orang baca buku or paper sikit boleh tersengguk-sengguk ngantuk. Sumpah bosan kot:P

Disebabkan bosan so nak review sikit pasal sepanjang majlis pertunangan 14 April 2013 lepas macam yang dijanjikan. Hari ni saya nak review pasal baju tunang saya. Macam dalam gambar kat bawah ni.

*Actually warna shocking yellow + pink tapi nampak macam warna pale yellow plak(effect camera maybe)

 *Hah..yang ni nampak terang sikit.

Sebenarnya masa pilih kain tiba-tiba terlintas nak warna kuning. Yela masa tu trend colour block kan. So pikir-pikir better mix dengan pink. Maca menarik. Kain ni beli kat JACKEL.Tak ingatlah berapa harga sebab tak tahu letak mana resit. Yang pasti kain ni beli sekali dengan kain baju lace hantaran tunang. So, encik tunang yang bayarkan.hehe.

Baju ni saya hantar kat tailor yang sangat best. Nama akak ni Kak Zarina. Muda lagi plus sporting. Rumah dia masuk ke dalam sikit kat Parit Rasipan. Tiang lampu 78 tak silap. Details x??haha..mana tahu ada yang berminat nak hantar kat sana kan. Paling penting murah sangat dia jahit. Baju kalau fesyen susah-susah pon tak akan sampai seratus la.Around 60-70. Tak silap baju ni pon dia dalam 50 jer. Saya rasa kalau kat KL 50 tu hanya jahit baju kurung je kan. Betul tak???Baju sanding dan persalinan pon saya hantar kat dia jugak. Sekali dengan baju sanding pengantin lelaki kot. Dah memang jadi pelanggan tetap dia so dapat murahla sikit. Saya sangat cerewet pasal baju. Bukan ape.Baju kat mana2 vendor bridals ni mesti ikut shape badan sangat. Dah besar tu besar terlajak. So decide buat sendiri senang. Puas hati.Fasyen baju ni dress maxi. Kain ni actually nak buat flowy tapi xcukup kain. Then, kak zarina buat mcm kembang sikit guna teknik segitiga.

Baju ni saya saja buat simple-simple. Bukan apa. Boleh pakai ke mana-mana function nanti. Tak adala segan sangat. Border lace beli online. RM15/m tapi ade 2 side. So jadi 2 meter la. Bunga fabrik saya jahit sendiri. Kain pink tu saya beli kain lebihan kat kedai kain ape tah. Tak ingat. Yang dalam Square One tu.RM 2 jer kain lebihan kalau kita nak guna sikit jer. Lepas tu manik beli dekat Air Hitam. So mulala gigih jahit manik. Mula-mula jahit dekat lace dulu lepas tu baru patch lace dekat baju.Saya saja tak nak jahit kat area leher sebab dah selesa pkai pashmina labuh tutup dada dan bahu. Jadi buang karan je kalau jahit area bahu atau leher. Ye dak.Total lost untuk baju RM50+15+2 =RM67.Murah kan????Sangat selesa dan yang penting tak ikut shape badan. Next entry nak cerita pasal veil dan tudung plak. Sayonara!


SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Wednesday, November 20, 2013

B2B 2: MY MAJLIS PERTUNANGAN(14 April 2013)

Assalamualaikum. Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Pagi ni pagi yang agak produktif. Awal sikit punch card. Dan sempat masak untuk bawak bekal ke cubic station. Biasala.Kene berjimat- cermat untuk kawen kan.:-) So before start buat keje bolehlah meng'hupdate' blog yang dah bersawang ni.

Sedar xsedar lagi 25 hari jer lagi for my big day. Tak sampai sebulan jer pon lagi. Ya Allah. Semoga dipermudahkan. Semua ni datang tiba- tiba. Serius tak rancang pon. Sebabnya masa tunang hari tu perjanjian ikat 2 tahun. Tiba -tiba mak en.tunang tanya nikah bulan 12 boleh tak ayu?? Sebab musababnya tak nak encik tunang posting cikgu jauh2 nun di Sabah atau Sarawak. Sayang lettew anak kesayangan die:P

Lepas jer mak dia tanya terus tanya parents masa balik cuti raya haji. Dah kenapa tiba- tiba ayah bagi pulak anak perempuan sorang dia ni kawen awal. Ingat tak bagi. Takpela. Redha jela. Mungkin jodoh dah sampai. Tapi serius masih tak boleh terima kenyataan. Banyak kejutan betul dalam hidup aku ni. Sambung master. Beli kereta. Kawen. Semuanya tak disangka-sangka. Semua tiba- tiba. Takut sebab nikmat yang Allah bagi ni pon ujian sebenarnya. T_T.So kesimpulan bulan 12 nikah,bulan 3 belah en.tunang and bulan 6 resepsi belah saya. Mesti pelik kan. Bukan ape. Nak buat resepsi sekali ngn abang. Jimat kos. Hehehe. Biarla orang nak kata pengantin dah basi pon. Yang penting yang wajib dah lepas.

Dah melalut kan. Sebenarnya nak tunjuk gambar tunang. Bukan ape. Senang anak cucu nak tengok nanti. Eh! ni gamba nenek tunang dengan atok ke???. Stylo la. Barula sweet gitu. hehehe.. Bukan ape. Masa tunang hari tu takdenye nak tempah OP ke ape. Membazir. So gambarnya pon tak banyak. Silap saya.Ade ke kamera bagi pengapit sebelah pegang. Habis bila nak tangkap gambarnya. Sengets. Menyesal.

 *Me with hasanah  (classmate masa sekolah rendah)

*Me with Amani (anak abg en.tunang)


*The other primary school's classmate

*The DIY dais and hantaran

* The delicious cake

* Me the sunburn girl.

Bila tengok gambar balik serius cakap dalam hati. Gelapnya kulit. Masa tunang ni saya baru je habis buat kerja luar. Memang sunburn habis kulit. tapi nak buat macam mana. Paksa rela jela bertunang dengan hati yang gumbira.hahaha. Takpe2. Kecantikan luaran tak penting. Yang penting dalaman. Ye dak. All the preps done by me except makan2 la. Tu semua ma dan ayah yang uruskan. Believe me my majlis pertunangan nampak macam meriah. Dah macam kenduri disebabkan saya ada keluarga yang sangat besar. Just imagine my cousins ade 64. Anak kepada sepupu ada 62 tak silap. Tu pon rasanya bertambah sebab tahun ni ada yang beranak. Yang pregnant pon ada. From 64 cousins baru 25 orang yang kawen. Believe me. HAHAHA. Gelak jahat. Tu baru sedare dekat. Habis yang jauh2. Cousin belah ayah lagi. Yang saya mention tadi belah mak je kot.

FYI, majlis pertunangan ni serius murah je saya berhabis. Tak sampai 2000. Dalam 1600 termasuk  cincin kot. Tu pon semua boleh pakai balik. Start from the baju, veil, bungan tangan, dais, hantaran for both side, goodies, makeup semua saya yang buat sendiri. Jimat kan. Lepas ni nak kongsi macam mana my preparations masa tunang dulu and ape yang saya DIY. Dan boleh kongsi my DIY untuk nikah pulak.



SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Saturday, October 26, 2013

Menu diet sihat :)


Assalamualaikum:P

Hari ni excited terlebih sebab dah lost weight about 4 kg in tak sampai 5 days. Alhamdulillah.Setelah bersusah payah ikut menu pemakanan sihat tu walaupun banyak mulut yang berkata itu ini, segala onak dan ranjau berjaya ditempuhi. Now tinggal lagi 3 hari sebelum habis pantang. Lepas tu dah boleh makan macam biasa dan follow balik menu diet sihat tu sampai dapat berat badan yang diidamkan.Credit to http://shilazizi.blogspot.com/ di atas tips2 yang berguna ni k. Tapi saya tak follow semua pon. Sebab tak tahan kot makan sup sayur tanpa letak perasa apa-apa. Yang penting banyakkan minum air dan makan buah. Macam sup pembakar lemak ni saya tukar ikut selera sendirila.Saya gantikan dengan brokoli sebab brokoli boleh meningkatkan metabolisme kita:P.Actually ade dua hari saya langgar pantang.Saya makan nasi hari ke 2 dan ke 3.Sebabnya kawan-kawan ajak pergi makan di nasi ayam Gemas dan yang satu lagi teman kawan makan tengahari.So makan jela but dengan kuantiti yang sikitla. Agak2 kalo tak makan nasi kan berapa kilo la lagi yang turun. Okla,semoga tips yang diberikan ni bermanfaat untuk semua. Good lucks in losing your weight espeacially untuk B2B di luar sana yang mengalami symtom bridezilla.:)


*SAMA SEKALI TIDAK BOLEH DIAMBIL SEPANJANG PROGRAM*

1. ROTI / NASI

2. MINUMAN BERALKOHOL

3. MINUMAN BERGAS (COKE, SPRITE, GREEN SAND, AIR SODA, dll)

4. MINUMAN DIET (DIET COKE, dll)

5. MAKANAN YANG BERGORENG

6. GARAM DAN BAHAN PERASA


*YANG BOLEH DIAMBIL*

1. AIR PUTIH

2. KOPI HITAM TANPA PEMANIS/GULA

3. TEH TANPA PEMANIS/GULA

4. CRANBERRY JUICE

5. SUSU RENDAH KALORI - HANYA PADA HARI YANG DITETAPKAN SAJA


Sup pembakar lemak ini dapat diambil setiap saat ketika merasa lapar - makanlah sebanyak yang diinginkan dan sesering yang anda mahu, kerana sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh sama sekali. Makanlah sebanyak yang anda inginkan.

*Semakin banyak sup yang anda makan, semakin besar lemak anda yang terbakar*.

Anda juga dapat memakan ayam yang direbus atau dipanggang (tanpa kulit) menggantikan daging. Sekiranya anda terpaksa mengambil ubat-ubatan selama masa diet, jangan bimbang, ia tidak akan mengganggu program ini sendiri. Jika anda lebih menyukai ikan dibandingkan daging, anda dapat menukar menu daging dengan ikan.


*SUP PEMBAKAR LEMAK*

*BAHAN-BAHAN (satu resepi)*

3-6 BAWANG BESAR BOMBAY
6 BIJI TOMATO SEGAR
1 BUNGA KOBIS
2 BIJI LADA CAPSICUM HIJAU
AIR

*CARA MEMBUAT*

Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan air, rebus selama 10 minit atau sampai empuk.

*Makanlah sup ini setiap kali anda merasa lapar, sejumlah yang anda inginkan dan tiap saat dalam sehari. Sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh anda.*


*HARI - 1*

Makanlah segala jenis buah KECUALI PISANG. Tembikai memiliki kandungan rendah kalori dibandingkan dengan buah-buahan lainnya. Makanlah hanya *sup pembakar lemak (satu resepi)* dan buah-buahan sepanjang *hari - 1* ini. Untuk minuman, boleh diambil teh tanpa gula, cranberry juice dan air putih.


*HARI - 2*

Makanlah segala jenis sayuran, baik mentah atau pun yang direbus sesuai selera. Upayakan makan sayuran hijau dan hindari sayuran berbiji seperti kacang panjang, buncis mahupun jagung. Makanlah sayuran tersebut bersama *sup pembakar lemak (satu resepi)* di atas. 

Pada waktu makan malam, sebagai penghargaan terhadap komitmen anda sendiri, manjakan diri anda dengan kentang rebus. Makanlah sup pembakar lemak dan jangan mengambil buah sama sekali *hari - 2* ini.


*HARI - 3*

Kombinasikan makanan hari - 1 dan hari - 2, di hari ke - 3 ini, dan makanlah *sup pembakar lemak (satu resepi)*, buah-buahan dan sayur-sayuran.

*JIKA ANDA MENGIKUTI PROGRAM HARI KE 1 SAMPAI HARI KE 3 TANPA MELANGGAR SEDIKIT PUN, PADA HARI KE 4, ANDA SEMESTINYA TELAH KEHILANGAN +/- 3 KG*.


*HARI - 4*

Makanlah hanya pisang dan susu rendah kalori. Makanlah hingga 8 biji pisang dan minumlah susu rendah kalori sebanyak yang anda inginkan. Kedua jenis makanan dan minuman tersebut mengandungi karbohidrat dan kalori yang anda perlukan dan menggantikan keperluan rasa manis setelah 3 hari pertama program. *Sup pembakar lemak (setengah resepi)* tetap anda ambil sepanjang hari.


*HARI - 5*

Makanlah daging dengan tomato. Anda juga boleh memakan ikan (daging hingga 0.25 kg) tetapi boleh diganti dengan ayam panggang atau ikan rebus dan tomato segar sebanyak 6 biji sepanjang hari. Minum sekurang-kurangnya nya 8 gelas air putih hari ini untuk membersihkan tubuh dari uric asid. Makanlah *sup pembakar (setengah resepi)*.


*HARI - 6*

Makanlah ikan (daging - seperti hari ke 5) dan sayur-sayuran. Ambil sesuai keinginan. Anda bahkan dapat makan 2 - 3 steak hari ini TANPA KENTANG. Pastikan *sup pembakar lemak (setengah resepi)* anda ambil hari ini.


*HARI - 7*

Nasi beras merah, juice buah tanpa pemanis dan sayur-sayuran menjadi makanan anda sehari ini, berserta *sup pembakar lemak*. 

*PADA HARI KE 7, SEMESTINYA ANDA TELAH KEHILANGAN +/- 6 KG. JIKA PRESTASI INI TELAH TERCAPAI, HENTIKAN PROGRAM UNTUK JANGKA WAKTU 1-2 MINGGU, DAN KEMBALILAH MENJALANI PROGRAM HINGGA BERAT BADAN IDEAL ANDA SUDAH TERCAPAI.*

SELAMAT MENCUBA! 

SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Wednesday, September 4, 2013

produk kecantikan

salam semua.Alhamdulillah hidup semakin hari semakin baik. 11 Septermber 2013 akan rasmi menjadi seorang pelajar SARJANA KEJURUTERAAN AWAM.Doakan saya.Bukan nak cakap ini sebenarnya. Sekarang dah start jual produk kecantikan bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk kebaikan orang lain juga. Sama-samalah kita kongsi ok. Almaklumlah hari bahagia tak lama je lagi. Sebagai B2B kenalah jaga kecantikan bukan saja luaran malah juga kecantikan dalaman. Diiringi juga dengan akhlak yang cantik. Wanita itu dicipta dengan sebaik- baik kejadian. Jadi kita perlulah menghargai kesihatan kita luar dan dalam dengan sebaiknya. Cabaran untuk diri sendiri sebenarnya. Lepas saja buat kerja lapangan di sekolah dan jambatan muka terus hangus, gelap, kusam, xbermaya. Tangan jugak xsama kaler. Mesti stress. Bila stress banyak makan. Bila banyak makan berat pun naik. Nak-nak lepas raya kan. Mcam tu jugalah dengan saya:P
Mulalah badan tak selese. Lemak sana sini. Tipula.Perempuan mana yang tak nak cantik. Lagi pulak yang dah mendirikan rumah tangga. Mestila nak maintain awet muda kat depan suami.Berikut adalah senarai produk yang saya jual.

1.GLUTATHION 20000mg + COENZYME Q10 + VIT.C BERRY MIX
2.GLUTATHION 60000mg
3.MYRACLE SPRAY
4.MYRACLE SOAP
5.VCO EVERLYNN
6.SERUM EVERLYNN
7.TRIAL SET EVERLYNN
8.THAYAPORN
9.VIT C 1000mg (30 BIJI)
10.VIT C 1000mg (60 BIJI)
11.WHITENING LIGHT TEETH
12.PURE MARINE COLLAGEN
13.SUSUK DARA FEMININ WASH
14.SABUN GLUTAKOJIC
15.BEDAK ARAB KOKURYU
16.SHISEIDO BLACK MASK
17.LOSYEN SIMPLYSLIM
18.MAIXARA C-SENTIAL WITH HA
19.AURAWHITE
20.MARINE ESSENCE BEAUTY BAR
21.RADIGLOW SKININFINITI
22.VCOA TREENEA (LIQUID&SOFTGEL)
23.VCOA MIERABELLA
24.WHITENING LOTION FROM KOREA
25.BEDAK SEJUK TANAKA 40 GRAM
26.BEDAK SEJUK TANAKA 110 GRAM
27.3CIXTY PLUS
28.FIGURE UP
29.FLAWLESS SKINCARE
30.PSS BELYVA

*ALL FREE POSTAGE (INTRO PROMOTION) WITH MANY INTERESTING FREE GIFT!!!!!!!
GRAB IT NOW

 Jika berminat and for the info boleh PM di facebook: SMAY ONLINE SHOP
https://www.facebook.com/SMAYOnlineShop?ref=hl
@
WHATSAPP:0133097627


SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Friday, July 26, 2013

Down:(

Assalamualaikum and selamat pagi...
Salam nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam.

Alhamdulillah masih diberikan nyawa oleh Allah untuk menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.26 Julai aku masih di UTHM.Kawan-kawan yang lain happy bercuti sakan kat rumah.Kita terpaksa stay kat UTHM for early preparation untuk sambung belajar.Cuti raya pon dapat seminggu je.Tak elok mengeluh kan. Ni kan untuk masa depan kau jugak Mas Ayu.Just accept it and be calm. Kata nak jadi engineer to be yang berjaya.

Tajuk master lebih kurang macam FYP but tukar kepada bridge pulak. Kalau FYP research kepada bangunan sekolah but now pada jambatan. Seriously I have no idea about this. Dalam scope research ni sahaja dah merangkumi banyak benda. I need to learn new things. Yang memang tak belajar pon dalam bidang civil engineering. Earthquake engineering.Bridge engineering.Dynamics and Seismic Design.Geological engineering.SAP2000 software.But its a challenge.Nak xnak kau kene terima. Kadang-kadang sampai aku terfikir betul ke keputusan aku sambung master ni. And why must kita mesti dapat benda yang kita xsuka???STRUCTURE!! not my choice. Sebab subjek structure, 2 semester result aku jatuh. *sigh*.Oh Allah! Aku  mengeluh lagi. But aku tersedar.

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

Ya Allah. Syukur atas nikmatMu. Ujian ini kan tanda kasih sayangMu. Tapi kenapa aku sebagai hamba selalu terlupa. Allah uji seseorang itu bersesuaian dengan kesanggupannya.So start sekarang kene semangat. Nak belajar rajin-rajin tolong mak ayah.Cukuplah dorang hidup susah.Semoga Allah menyayangi ibu bapaku sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu kecil.Aamiiiin.




SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Thursday, June 27, 2013

RINDU

Rindu..rindu nak berblogging..banyak benda nak diceritakan..apa daya..bernafas pon tersekat-sekat dek jerebu..masa cemburu tak tentu hala...inshaAllah will update soon...from A to Z..kepam dalam hati sorang-sorang.2013 memang the most energetic year.tak sangka dah sampai ke tahap ini.will update later.bosan study for the last paper.May Allah ease the journey to success..inshaAllah.Ameen..

SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Monday, March 18, 2013

Tinggal kenangan

Samsung ace dan nokia tinggal kenangan..xde rezki nak pakai lama..ace pakai dalam 3 bulan pastu xnak dok lame2..ade orang berminat..xpela..die xde duit nak makan kot..think positive..nokia pulak missing in action kat downtown..tinggal la sony lame yang masih setia..dah 4 taun awak..semoga black pearl jangan ilang jugak .sayang2..seribu kali sayang..nasib charger n usb ace masih boleh recycle kat black pearl..xde terkilan sangat..tengok balik gajet2 ni teringat everything guna duit PT kot..nasib dok johor..sewe umah xmahal jadi dwet pt bnyak lebih..kalau tak xmampu nak pakai..dari kecik nak pape duit sendri..mak ayah xpenah bagi..pikir2 balik duit PT banyak berjasa.4 handphone.2 printer.1 external.deposit laptop.deposit ego s.lesen memandu.katil tersayang.buku2,pendrive,makang2..thanx PTPTN(walaupun kene bayar balik:( ).nak buat cmne xde rezeki dapat JPA.tak hebak semart..semak lagi adela.hihi


SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

No more handbag

Godek2 barang untuk dikemas for balik kampung this weekeend..rupanya masih banyak handbag.even dah buruk masih boleh pakai lagi kan.sayang...love them..banyak berjasa.ade satu xde dalam gamba sebab baru beli.konon2 simpan nak buat hantaran.boleh kan gitu.hihi


SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Saturday, February 16, 2013

Alhamdulillah

Alhamdulillah Ya Allah masih diberi peluang untuk bernafas dan beribadah kepadaMu....
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup bahagia bersama Ayah,Ma dan family tercinta..
Alhamdulillah untuk sahabat yang sentiasa memberi sokongan..
Alhamdulillah dihadiahkan seorang bakal imam..Insha Allah hari bahagia pasti datang.Amin..
Alhamdulillah diberi akal dan fikiran yang sihat dalam meniti kejayaan dalam pelajaran..
Semoga sem ini lebih baik dari sebelumnya..Amin:P


SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Friday, February 15, 2013

perubahan

Assalamualaikum:P
Perubahan.
Bila bercakap mengenai perubahan semestinya kita membayangkan perubahan ke arah yang lebih baik.Ye dak!Alhamdulillah.Perubahan itu menjengah aku.Biarlah apa yang orang lain ingin katakan. Selagi mereka masih boleh berkata-kata biarlah.Bila letih terduduk berhentilah mereka berkata-kata.Alhamdulillah aku menjadi aku yang sekarang.Hati juga bertambah tenang.Jauh dilubuk hati bukan dunia ini yang aku cari. Akhirat sana lebih penting.Namun jika tiada kesabaran di diri, mungkin hati ini boleh terpesong jua. Kesabaran itu penting.Begitu juga dengan istiqamah.Perlulah seiring agar perubahan itu kekal.InsyaAllah!Hingga akhir hayat.Aku penat dengan dunia.Penuh tipu daya.Penuh cabaran.Tapi hati ini perlu sabar dan cekal.Semoga ketenangan yang abadi ku perolehi.Alhamdulillah Ya Allah!Terima kasih pada yang menyokong.Terima kasih semua.Terima kasih awak.Walaupun aku lahir dalam keluarga yang biasa-biasa sahaja.Aku mendoakan mereka juga beroleh ketenangan seperti aku.Beroleh jalan yang lurus itu.Itu doaku.Agar keluargaku bahagia di dunia dan akhirat.Biarpun lidah ini tidak mampu berkata-kata.Biarlah hati berbicara.Sekurangnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.Cuma satu doaku.
"Ya Allah!Janganlah Kau pesongkan hati ini setelah Kau beri hidayah kepadaku.Tunjukkanlah hambaMu ini jalan yang lurus.Tetapkanlah imanku.Jadikan aku wanita yang solehah.Anak yang taat.Seusngguhnya Kaulah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Monday, January 28, 2013

budak kecik ni pandai

Assalamualaikum..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rindu pulak dekat budak kecik dua orang ni.Batrisya dengan Sofea.Dua-dua budak comel ni anak saudara Mr.Bakal Imam. Ayu rapat sangat dengan budak dua orang ni. Kesian Batrisya.Kecik-kecik dah hilang kasih sayang seorang ayah. Ayah dia meninggal tahun lepas. Rasa baru semalam jumpa Abang Ayie.Orangnya ramah.Banyak cakap.Tapi Allah lebih sayangkan dia. Arwah meninggal lepas bangun tidur waktu subuh. Pikir balik bila-bila masa Allah boleh tarik nyawa kita.Tidak akan lewat sesaat atau cepat sesaat.Sudah cukupkah amalan kita?

Dahla.Taknak sedih-sedih.Yang pergi biarkan pergi.Tapi aku masih kesian dengan kak Yanti. Terpaksa bersusah-payah jaga anak yang masih kecil.Paling sulung xsilap darjah 4.Batrisya yang paling bongsu.Darjah 1.Dia sorang perempuan.Kesian dia.Dahla manja.Ingat lagi lepas arwah meninggal kak Yanti pergi tukar tayar kereta sebab nak balik KL dah.Si Batrisya ni nangis tak henti2 nak mama dia.Sampai demam.Lepas tu boleh cerita kat Ayu yang dia dah tak ada kawan.Tak ada abah.Ada mama jer.Nangis aku masa tu.

Sofea pulak umur 5 tahun.Tapi dah pandai sangat. Tulisan cantik.Mewarna pon cantik.Comel jer.Dahla manja. Paling penting dengar cakap kalau kita tegur dia elok-elok.Even diorang ada maid masing-masing tapi aku masih solute sebab diorang xadalah manja sangat. Tak mengharapkan sangat kat bibik.Mungkin abang Ijam(abang Mr.Bakal Imam) tegas sikit dengan anak-anak.Adik Sofea pulak Kaira. So cute..Ngada-ngada.Jalan terkedek-kedek.Tapi suka berebut dengan kakak dia kalau nak main game kat Tab. Nasibla si Sofea suka mengalah dengan adik.Even aku tak ada anak sedara sendiri lagi ada diorang pon dah cukup. Siap cakap kalau Ayu kahwin dengan Paksu xleh panggil Kak Ayu dah.Kene panggil Maksu.Pandai yer budak sekarang:P


-Kaira & Sofea-

-Batrisya-


 hehehe..baik tak cikgu ayu..bagi A+++..Tiga bintang siap..Love u all..





SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Tuesday, January 22, 2013

Pahang vs Terengganu

Assalamualaikum

Tak nak bnyak cakap.Tapi senyum puas malam ni. Boleh tidur dengan lena.Alhamdulillah.Kemenangan buat Pahang.Semoga perlawanan lepas ni jugak akan dipermudahkan.Pikir-pikir balik sejak bila Mas Ayu pandai tengok bola.Suka tengok bola.YE!bila berjumpa dengan bakal imam.Mula-mula tak suka.Then 1st tyme tengok Man.Utd lawan.Apelah sangat tengok bola masa tu.Secara suka-suka.Bukanla dikategori sebagai peminat fanatik. Lepas tu tengok pulak Harimau Malaya beraksi dalam macam-macam game.Masa tu dah jatuh cinta tengok bola. Dan sekarang lagi excited lebih kalau Pahang lawan dalam Liga Malaysia ni.Anak Pahang la katakan koi ni. Pahang+Kelantan.Sebab tu masa Pahang lawan TV1,Kelantan lawan Channel Arena kalau iklan cepat-cepat tukar.Tamak nak tengok dua-dua.Rindunya nak tengok bola kat rumah Jengka.Ada ayah and adik. Bising sangat.Tengok kat sini sapelah ada.Adalah bakal imam.Tu pon tak habis-habis dok sokong negeri Johor dia.hehehe.:P

PAHANG -TERENGGANU 0



P/s: masa tengok bola kat kedai makan tadi ayah
kol semata-mata tanya tengok bola tak???
Pahang tengah lawan ni.Apekah?????????
Rindunya kat rumah.Masing2 gila tengok bola:(

SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Wednesday, January 2, 2013

The proposal

Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum..:)

Dah lama kan Mas Ayu xjengah belog.Dah bersawang dah agaknya.Pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru.2013.Dan juga berumur 23.Dan hari ini juga bertarikh 020113.Kebetulankah!Cepatnya masa berlalu.Terasa diri semakin tua padahal kalau ikutkan perangai tak pernahnya matang. Dan tak tahu bila akan matang.Masih boleh menangis rindukan ma. Masih tak lalu makan bila lama tak balik Jengka. Tapi Mas Ayu dah tak boleh macam ni dah. Insha Allah!kan dah janji 2013 pembuka tirai segala kehidupan. Kehidupan yang setiap hawa impikan. Permudahkan Ya Allah.Amin.




P/S:THANX AWAK! <3



SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

::jom tengok iklan menarik:)::