Wednesday, November 7, 2012

cita-cita menggunung

Assalamualaikum:)
Alhamdulillah..masih diberi peluang untuk bernafas dan mengharungi hari-hari mendatang dengan tenang.Walaupun dalam kepala serabut memikirkan banyak perkara, tapi aku gagahkan jugak untuk menjadi seorang hamba Allah yang kuat.Moga Allah permudahkan segala urusan.Amin.kan tiba2 dah melalut.hehe:P Actually aku nak promote online shop aku.Aku adalah berbisnes kecil-kecilan.Moga-moga satu hari nanti aku boleh jadi bisneswoman yang berjaya dunia dan akhirat.Bila pikirkan balik aku rasa macam patut ke aku ubah masa depan aku yang sepatutnya menjadi engineer yang berjaya ke arah bisneswoman yang berjaya.Xsalah kan.engineer boleh jadi bisnesswoman.tapi bisnesswoman tak boleh nak jadi engineer.Kadang-kadang aku pernah pikir yang aku ni salah buat pilihan ke dalam hidup???Moga Allah bagi petunjuk.Yang penting apa yang ada perlu diteruskan.bila dah sampai masa yang sesuai keputusan harus dibuat.Dalam hidup ni kan kita kene buat pilihan.Samaada pilihan tu yang kita suka atau kita terpaksa suka terserah pada diri.Mintak pada Allah moga dipermudahkan buat pilihan.Pada adik-adik yang masih tak ada hala tuju dalam hidup buatla pilihan yang tepat.Banyakkan berdoa k:P Mohon pada Allah.InsyaAllah.Akan ada dapat pilihan yang terbaik.

Dalam hidup aku, aku pilih untuk ambil jurusan civil engineering.YA!memang dari sekolah nak jadi engineer. But now aku baru rasa yang aku lebih suka hidup bermasyarakat.Sebelum ni yang aku pikir lain.Tujuan aku belajar untuk kerja. Kerja untuk cari duit. But now baru aku teringin nak buat benda yang aku suka n aku impikan dalam hidup. Yang lebih dekat pada masyarakat. Yang lebih dekat pada Allah.

I WISH:

-Aku ada RESTORAN FAMILY yang berMENUkan masakan MA!yap..aku ada seorang ibu yang pandai masa.yang sangat osem dan power dalam bidang masakan.Yang sangat cintakan masakan. Rasanya tak pernah kalau orang makan MA masak cakap tak sedap. I wish i have talent like her.Sikit-sikit adala sekarang. Kira kalau kahwin suami tak adalah kempunan nak makan itu ini ye dak :P

-Aku ada TADIKA TAHFIZ untuk budak-budak from age 3-6 yrs old.Sebab aku tengok parents sekarang terlalu lalai menjaga anak-anak.Terlalu manjakan anak.terlalu bz mencari duit.Akhirnya anak terabai. Anak kurang kasih sayang. Anak leka. Anak kurang ilmu agama. Dan aku harap anak-anak aku nanti tidak terabai macam tu. Lengkap kasih sayang dan ilmu. TADIKA TAHFIZ yang berkonsepkan keluarga. Penuh kasih sayang. So sweet!!!

-Aku ada BUTIK MUSLIMAH sendiri.Aku boleh jahit baju,jubah,blouse,skirt n tudung aku sendiri.Yang lebih ikut syariat  Islam.YA.Aku suka fashion.Tapi biarlah berpada.Yang ikut syariat.Yang aku tak akan cerewet bila beli if nipis.if singkat.if sendat.YAP!aku sedang perbaiki diri yang serba kekurangan.Menutup segala yang ada.disimpan rapi untuk si suami tercinta yang lebih berhak.Butik yang ada semua keperluan muslimah. Stokin. Handsock.Yang tidak bercampur aduk dengan pakaian yang tidak sesuai. Yang bila aku masuk aku akan dapati semua benda yang aku nak dalam satu butik. Dengan harga yang berpatutan. Aku xnak orang lain rasakan menutup aurat itu beban disebabkan harga. aku ingin berikan harga yang terbaik dan mampu dibeli. Sebab apa. aku merasakan yang terlalu banjir butik di Malaysia ni. Tapi terlalu ghairah mencari populariti. Mencari label.Untuk apa. Bukankah perniagaan itu juga satu dakwah. Mengajak orang lain menutup aurat. Bukan hanya wang semata. Saham akhirat kan lebih penting!

-Aku ada bisnes WEDDING PLANNER dimana aku boleh jadi consultant perkahwinan yang berkonsepkan ISLAM. Buang mana yang tidak patut. Tambah yang mana perlu. Dengan harga yang patut. Dengan bersederhana. Supaya orang lain tidak merasakan perkahwinan itu susah.Perkahwinan itu satu pelaburan. Sedangkan perkahwinan hanya pelengkap separuh dari kehidupan. Tapi orang sekarang jadikan perkahwinan matlamat kehidupan. Tapi tidak paham konsep perkahwinan itu sendiri. Indah kan perkahwinan. Semuanya halal. Semuanya pahala:)

Dah melalut tak tentu hala.nak pomot page ni je sebenarnya.Meh singgah meh:P


SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

No comments:

::jom tengok iklan menarik:)::