Saturday, November 24, 2012

HATI KOSONG..

kosong bila orang yang aku nak sangat jaga hati dia akhirnya berakhir juga dengan kebencian..
kosong bila orang salah faham dengan kau..
kosong bila orang hanya dengar dari pihak ketiga...
kosong bila kau menggunakan ayat yang sedap didengar..syaitan kau bilang aku...
kosong bila kau jadikan labuh tudungku sebagai cacian...
kosong bila kau hanya pikir kau di pihak yang betul..
kosong bila kau xselami hati aku..
kosong bila yang terpendam akhirnya terserlah jua...
kosong bila kau anggap aku manusia sempurna yang tiada dosa..

tenang bila aku mengadu padaMu bukan kepada manusia si pembawa mulut itu..
tenang bila rakan-rakan yang lebih mengenali aku memberi kata-kata semangat..
tenang bila hariku dipenuhi dengan sujud kepadaMu..
tenang bila kata-kata ini dipenuhi oleh ayat-ayatMu..
tenang bila si dia memberi kata-kata semangat...
tenang bila kesabaran dan kelembutan ini membezakan kau dan aku..
tenang bila kemaafan ini juga membezakan kau dan aku...

kesimpulan..jangan mudah percaya orang...
kesimpulan..mulut manusia ibarat pedang yang tajam..
kesimpulan..jangan terlalu mengharap kepercayaan orang...
kesimpulan..jangan terlalu menjaga hati orang hingga kau yang terluka..
kesimpulan..jangan pendam perasaan semata kau ingin lihat dia tidak terbeban..
kesimpulan..sila yakin dengan diri..sila bersikap terbuka dan jangan pendam Mas Ayu..


SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

No comments:

::jom tengok iklan menarik:)::