Friday, January 13, 2012

Alhamdulillah atas penghijrahan ini..:)

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..syukur sangat kepada Allah sebab masih meminjamkan nyawa ini untuk aku beribadah kepadanya.Aku rasa 2012 ni banyak membawa perubahan yang besar dalam hidup aku.Sumpah malam ni memang xde mood nak study.Hati dan fikiran hanya pikirkan rumah jer.Padahal aku masih ada 2 paper susah lagi.Design dan Highway.Tapi kenapa malam ni aku tak ada mood lansung.

Aku teringatkan blog aku yang dah lama terbengkalai.Aku lihatkan blog sepintas lalu.Membaca kembali post2 aku yang lepas.Betapa tidak matangnya aku.Malu pada diri sendiri.Malu pada Allah.Lantas aku ambik keputusan.Biarlah blog ini menjadi tempat luahan isi hati aku sepanjang tahun akan datang.Sebab aku tidak punya siapa untuk diluahkan.Aku pasti tak ada orang paham akan perasaan aku sekarang.Aku jugak nekad menukar template dan design blog yang lansung xmenunjukkan kematangan aku.Gambar2 juga aku delete.

Segala yang ada di tubuh badan ini hanya pinjaman Allah.Buat apa ditayangkan kepada umum.Aku jugak nekad membuang gambar aku dan si dia.Biarlah itu menjadi kenangan.Aku kene ingat janji aku dengan Allah.Harap si dia sabar dengan permintaan aku ini.Bagilah aku peluang bejuang di jalan Allah sebelum aku menjadi isterimu wahai khalifah Allah.Aku yakin dengan keputusan ini akan menjadikan aku lebih bersedia untuk menjadi isterimu yang solehah kelak.InsyaAllah.Aku tahu ini berat bagi kamu.Tapi percayalah.Tentu saja Allah akan memberi jalan kepada kita.Dengan cara ini saja kita terhindar dari maksiat dan keseronokan dunia.Aku dengan duniaku.kamu dengan duniamu.Sampai masa dan jodoh kita,InsyaAllah aku setia menjadi isterimu yang solehah.Aku setia menunggumu.

Sudah beberapa hari aku susah hendak tidur.Ade saja bisikan di telinga.Ada saja yang memekik di telinga.Tanda apakah ini Ya Allah.Malam tadi juga aku termimpikan ibuku.Buka saja mata air mata tak semena keluar.Dalam mimpi tersebut aku menangis kerana ibuku.Dan aku xpasti apa yang mimpikan pasal MA.Ya Allah.Kau ampunkan dosa ayah dan ibuku.Kau berkatilah mereka yang membesarkan aku.Yang bnyak berkorban demi anaknya ini.Yang sanggup berjerih payah menjadikan aku insan berguna.Berikanlah kami sekeluarga petunjukMu kejalan yang benar.Amin....

Malam ini juga disebabkan tiada mood untuk belajar,aku ingatkan mahu mengasingkan baju yang aku xmahu pakai.Mahu dijual mana yang sesuai dan mahu disedekahkan kepada sesiapa sahaja yang mahu.Semoga penghijrahan aku kali ini berkekalan atas rahmatMu Ya Allah!Aminnnn...


SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

No comments:

::jom tengok iklan menarik:)::