Friday, December 30, 2011

Weekly Samsung Galaxy Y Giveaway for the best ringtone and wallpaper

Weekly Samsung Galaxy Y Giveaway for the best ringtone and wallpaper: Start creating a cool ringtone and wallpaper, just the way you like it. The best one of the week will win a Samsung Galaxy Y, enter now!
SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Saturday, December 24, 2011

will be mine soon..InsyaAllah

salam..
xbanyak benda nak cakap harini.sumpah bosan buat keje sepantas mungkin dengan harapan dapat balik kampung esok dengan tenang.so balik sini tak payah nak serabutkan kepala dengan assignmnet diwaktu study sumpah.sumpah aku benci kalo study week aku diganggu dengan macam2 keje.so xde ape pon aku nak tulis.cuma nak bagitau makhluk Tuhan yang comel ni akan jadi milik aku xlame lagi.habis jer final cepat2 nak curi benda ni.hehehehe,actually beli dari salah seorang senior aku.COMEL KAN SI CHIKU nie.ni name yang senior aku bagi.tapi kalo aku dah beli aku nak letak name lain yang glamer sikitla.RARA KE.BEDAH KE.TEMAH KE.hahahahah.:)sumpah excited gila nak bele benda alah ni.1st time kot.sape2 yang pernah bela rabbit silalah bagi tunjuk ajar k kat sayer..thanx:)kbai.



SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Saturday, December 17, 2011

Highway-project,assignment
Economy- Assignment,group report
Contract and estimating-project,presentation,quiz
Geotechnic-Test 2,Quiz
Statistic-Quiz
Design-Project

EVERYTHING NEED TO BE SUBMITTED THIS WEEK!!!
sigh!!!!!!!!!!!!
parah..pengsanla minggu ni..:(
tiap2 minggu pengsan..
tak habis-habis..
Ya Allah!bagilah aku kekuatan..

SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Tuesday, December 13, 2011

maybelline baby lip balm yang best

Assalamualaikum dan selamat pagi

pagi-pagi ni memang xde mood lansung nak wat asemen.mood malas menghantui di pagi selasa ni.lepas minum vico segelas cepat2 naik bilik konon-konon nak abiskan lipat baju yang sebakul tu.apa punya anak darala.hehe.sekurangnya aku masih ada perasaan rajin tu.walau selalu terbantut bila menghadap laptop.hihihihi.

korang dah try belum pakai maybelline baby lip balm ni.sumpah best kot.aku berani jamin memang best.yela.bibir aku yang selalu menggelupas bak delima merekah ni lepas je pakai kulit2 kering tu terus jatuh dengan sndiri.pergh!!ayat xboleh blah.kira boleh buang kulit2 kering kat bibir dengan kadar yang segerala.bibir rase seksi n mungil jer bak angelina jolie kot.hahhaa.marila beli beramai2.aku dah macam pomot iklan maybelline je kan.tapi mane taw maybelline nak wat aku jadi model bibir dorang.model bibir bukan sedare kepada justin biebir taw...no..no..no..


SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

berat turun 3kg...Alhamdulillah..moga misi tercapai...

Assalamualaikum..

dear blog tersayang.siyes arini aku tak ada mood lansung nak ke kelas setelah ma,pakcik,maksu dan makteh berkampung kat rumah sewe malam tadi.walaupun berhimpit-himpit tapi kami semua memang tak kisah.sedari kecik hidup keluarga aku memang sempoi.kitorang memang dah bese susah and tido berhimpit-himpit.miss u mom...:)

owh..tu bukan point yang aku nak cakap.tadi balik kelas direct pegi bayar duit moto n singgah farmasi jap.housemate aku sakit perutla pulak.then kat dalam farmasi tu ade penimbang.ape lagi.pegi menimbangkan dirila.then..wallahhhhhuuuu...3 kg turun dari XX kg.memang xsangkela kan.memang time aku diet minggu lepas turun 2 kg.tapi minggu ni aku melantak jer.dah kelaut pon diet tu.stress gamoknyer.patutla semalam mase makan mak aku cakap aku macam makin kurus.tambah pulak time nak dating ngn encik sayang sabtu lepas aku pasan yang baju lame aku dah padan n longgar.Alhamdulillah.

xpyah nak diet sangat k.yang penting kesihatan kene jage.bagi aku produk 2 sume xpenting.sebab korang sendiri tahu ape yang diet yang terbaik tok diri korang.kalo korang paham maksud sebenar diet tu korang akan paham cmne nak kurangkan berat badan tanpa produk mahal2.sebab aku dah mmg praktikkan dah.n its work!!!!

SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Sunday, December 4, 2011

Hidup xselalunya indah...masih adakah kebahagiaan buat aku?

Assalamualaikum..
dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Setelah berkurun-kurun aku tak buat entry..
sekadar menjadi stalker blog orang lain..
tapi hari ini aku rasa macam ada yang tak kene..
macam ada yang tak tenang...
dan aku tak tahu nak luahkan dekat sapa..
hati rasa sayu dan macam dihiris-hiris..
aku tak tahu kenapa..
sering saja aku merasakan hidup aku xsebaik orang lain..
xsebahagia orang lain..
buat aku hilang rasa syukur atas nikmat Allah yang berlipat ganda diberi kepada aku saban hari..
apa lagi yang aku mahukan dalam hidup...
aku mempunyai kedua ibu bapa yag masih sayangkan aku...
aku masih ade adik beradik yang masih sayangkan aku..
teringat pulak adik cakap nak masukkan duit dekat aku..
gaji pertama katakan...
aku rasa macam loser pulak..
sem ni memang aku papa kedana sangat sebab duit terpaksa guna untuk hal lain..
tapi aku masih bersyukur sebab aku masih boleh makan..
itupun berbekalkan 200 sebulan yang mak aku bagi...
itulah duit makan..walaupun hanya roti..
itulah duit minyak moto..
itula duit nak beli colgate yang dah habis..
aku sepatutnya bersyukur..
ada yang lagi susah daripada aku...
aku masih mampu tersenyum...
walaupon aku xsekayer orang lain..
xboleh beli apa yang aku nak..
aku masih boleh teruskan hidup aku tanpa menyusahkan orang lain..
tiba2 aku rasa loser lagi..
kenapa aku xboleh jadi seperti orang lain yang sekali belajar terus melekap kat otak..
sedangkan aku terpaksa baca beribu kali tapi masih susah nak ingat...
ini bukan zaman UPSR yang kau boleh dapat 5a..
bukan zaman PMR yang kau boleh dapat 8a...
betollah kate orang...
hidup ni ibarat roda..
kadang2 kat atas..
kadang2 kat bawah..
aku hanya berdoa aku boleh kekalkan pencapaian aku sekarang..
walaupun hanya sederhana..
aku bersyukur..sedangkan ramai lagi yang mengimpikan kejayaan dalam hidup dorang..
tapi masih belum berjaya walaupon sudah berusaha keras..
aku masih juga terasa loser..
sedangkan orang lain ada insan yang boleh ceritakan masalah..
aku xnafikan aku ada dia..
tapi manakan sama hati seorang perempuan dengan lelaki..
aku jadi sedih bila kawan yang aku sayang jauh dengan aku...
hanya bercerita di telefon atau intenet...
aku mahukan seorang yang boleh aku pinjam bahunya bila aku menangis...
tapi aku bersyukur...
aku masih ada si dia yang boleh bwak aku naik kereta tanpa tujuan sehingga aku berhenti menangis ketika
aku dilanda masalah...dan dia sudi mendengar..
si dia yang ada untuk hulurkan bantuan semasa sahabatku jauh...
ingatlah...
lagi sayang Allah dekat kita lagi bnyak dugaan yang kita dapat..
Setiap yang berlaku ada hikmahnya...
Ya Allah..berikanlah aku ketenangan..

SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Sunday, October 23, 2011

with najwa latiff...

     assalamualaikum dan selamat malam.
cuaca sekarang tak menentu.sekejap hujan sekejap panas.especially malam memang selalu hujan.so, salah sorang yang kene simptom2 demam mestilah aku kan.tekak rase perit gila kot.kawan aku cakap xelok makan strepsils sebab benda alah tu akan menghakis tekak kite.aku terus takut nak makan dah.memang kalo makan benda tu lagi rase perit jer tekak aku.

malam tadi ade pertunjukan town n gown.kalo sape2 xtaw town n gown tu kira mcam perarakan di sekitar batu pahat oleh semua badan uniform,persatuan dan staff2 yang terlibatla.kiranya benda ni diadakan untuk menghebahkan kepada penduduk Batu Pahat yang UTHM akan mengadakan majlis konvokesyen bermula pada minggu hadapan.Aku pun terlibat sekali malam tadi sebagai wakil dari persatuan pelajar awam,PPA.Mana tak demam kan kalau kitorang terpaksa bermandi hujan sepanjang 2.5 km dalam perarakan tu.memang keje gile tapi bile lagi kan nak mandi hujan.dah besau2 ni xda maknenyer nak main hujan.hehehehe.

Malam tu macam2 lah persembahan dorang buat.ada persembahan pancaragam.(owh rindu nak main trombone balik),ada tarian,pencak silat n opkos lakan ade Najwa Latiff.Ingat macam susah nak bergambar dengan dia tapi senang je kot.Die mesra alam je.Malam tu die nyanyi 3 lagu.Cinta muka buku,Sahabat(lagu baru die) and cover Shila Hamzah.Xingat lagu ape,So,harusla bergambar kan.


Klah.ni je kot.Kbai..xde mood nak tulis panjang2 tyme demam  nie..

SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Saturday, October 15, 2011

jumpa retissss


Assalamualaikum n selamat malam.Memang dah lama sangat aku xhupdate blog.rasanya dari sem lepas xsilap aku.dah berhabuk,bersawang dengan segala mcam benda dah.

Jadi pelajar tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam bukan sesuatu yang mudah bagi aku.Aku xtawla kan bagi orang lain.Dengan subjek yang makin susah dan paling penting sem ni banyak kena buat projek.Geotechnic Festival,kena berniaga dalam subjek ekonomi dan usahawan,projek RC design,hydrology dan highway betul2 buat aku stress.

Dalam minggu ni saja memang maafla nak tidur awal.test baru je selesai.hari sabtu pon ade test gara2 masa clash dengan final budak diploma.patutnya ahad ni ade ceramah untuk CIDB card.nasib cancel.lehla bermalasan kat umah sewa  n ganti tidur yang xberapa nak cukup 2.

Pastu sem ni jugak kanlah nak pulun penuhkan list kat SMAP online.xnakla orang cakap aku ni dak skema bace buku sambil makn biskut kering.:)oh..nononono..aku bukan jenis camtu.Sem ni jugak aku join Persatuan Pelajar Awam..Aku jadi timbalan biro kepimpinan.kepimpinan la sangat kan.hahahah..aku jugak join Persatuan Anak2 Felda.Masuk2 dah leh jadi ajk coz dorang kekurangan ajk.maybela kot..cuma aku sedih sebab sem ni dah xleh nak join basketball sangat.aku sangat rindu nak main basket.Atleast leh bunuh lemak2 yang dah semakin bermaharajalela.kawan aku baru jer join 3 on 3 IPT.good luck fadhilah ahmad.

Eh.ape kene mengene ngan tajuk ni.ni aku malas bile dah start tulis.xleh nak benti.sebenarnya retiss  yang aku cakap tadi kak Catriona Ross.Beliau baru jer abes buat talk pasal professional ladies tadi kat UTHM.Best sangat.Kak Cat dala sangat2 cantik.Xsilap aku die kacukan Scotland n kelantan.mana xcantik kan.sangat2 admire die.setiap kate2 die tadi sangat menusuk kalbu.cakap sal aurat.pasal taubat.ade satu part 2 smpai kitorang nangis sebab sebak.Thanks kak bagi peluang cium tangan akak yang putih gebu 2.papehal pon aku akan update lain.sebab nak tunggu gambar tadi kat membe.







SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Sunday, June 19, 2011

Cinta yang macam mane korang pilih?

salam.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

pekabo korang semua.tiba-tiba hari ni macam ade mood nak menaip pulak kan.aku bukan ape.just nak kongsi dengan korang apa yang aku rasa.apa pendapat aku tentang cinta.kalau korang xsetuju ke apa ke xkisahla.sebab ni pandangan aku sendiri yang dah banyak makan garam dalam bercinta.

penting sangat ke bercinta tu korang rasa???setiap insan kat dunia ni Allah cipta berpasang-pasangan.setiap orang ada perasaan cinta di lubuk sanubari masing-masing.tapi xsemua orang paham maksud cinta yang sebenar.bila rasa cinta terhadap manusia mendapat tempat pertama berbanding cinta Illahi,jangan salahkan takdir bila ada saja benda yang tak kena berlaku dalam hubungan kita.

yang aku maksudkan kat sini bila kita terlalu mengagungkan cinta itu sendiri lebih dari kita merendahkan diri kita kepada Allah.sebagai contoh sampai ada yang sanggup xmakan,xtido kerana cinta.sampai ada yang sanggup bunuh diri kerana cinta.apa semua ni???dimana korang letakkan akal yang bijak dek semata-mata kerana cinta duniawi???

kerana cinta juga kita lupa asal usul kita.pikir balik apa tujuan Allah ciptakan kita di dunia ini selain mengabdikan diri kepadaNya.xsalah bila ada rasa cinta.memang xsalah.tapi biarlah bercinta di atas landasannya.jangan sampai tersasar jauh sehingga mengorbankan harga diri yang xmampu dibayar dengan wang ringgit.

aku bukan nak cakap kat sesiapa.aku sendiri khilaf  dan tak sempurna.sebab aku juga manusia biasa yang xpernah lari dari membuat dosa.xpernah lari dari rasa cinta.tapi usia mematangkan kita.akal yang bijak masih mampu membezakan dosa dan pahala.iman yang sedikit ini masih mampu  melawan segala godaan.dan akhir sekali keinsafan dalam diri masih wujud tatkala menangisi kesilapan yang lalu selesai sahaja sujud kepadaNya.

bagi aku cinta ini sangat indah.makin indah bila cinta itu berlandaskan agama.bukan nafsu semata-mata .bukan kerana trend.bukan kerana mengikut orang lain.bukan meniru aksi drama di tv.biarlah kita berjauhan asalkan hati kita sentiasa dekat.bukan semata-mata cinta plastik yang xkan kekal lama.biarla cinta suci yang kekal sehingga di akhirat sana.

buat awak yang tersayang,terima kasih kerana memahami perubahan saya.terima kasih kerana memahami hati saya.terima kasih kerana menyayangi saya sejujurnya.terima kasih kerana menjaga saya dengan baik.walaupun lepas ni kita dah takkan macam dulu lagi,ingatlah awak sentiasa di hati saya.saya menunggu masa dimana kita akan bersatu.bersatu bila awak hantar rombongan meminang kat saya.masa tu sayalah orang paling bahagia sebab dapat kenal orang macam awak.terima kasih awak atas segalanya.:)

semoga jodoh kita berkekalan.aminn...

SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Sunday, June 12, 2011

dugaan

salam.

setelah sekian lama aku tak hupdate blog,rase macam blog ni dah xbernyawa dah.kesian kat dia.nak buat macam mana.kat rumah takde intenet.harapkan streamyx kat rumah sewe jela.

aku tak tahu apa yang dah jadi kat aku.pening ni.dah berkurun kot.dari aku sekolah lagi aku dah start pening kepala.sekarang ni pon tiba-tiba pening menyerang lagi.aku tak tahu dah berapa kali aku nangis sebab tahan sakit.bukan aku taknak jumpa doktor.paham2 jela doktor hospital kerajaan nie.xcheck apepon.bagi panadol da siap.aku dah paham sangat.pastu boleh tanya kita sakit apa.dia doktor.diela yang kene tengok kita sakit apa.

klinik swasta pulak.memang ok.tapi paham2la.kalo poket kosong xpayahla pergi. sebab tuh dah bape kali aku terbantut nak g klinik.bila dah nak pergi kereta rosakla.macam aritu.ntahla.macam2.aku pon xtaw apajadi kat aku ni.mintak2 janganlah jadi pape.

kla.masih pening.maaf sebab mengarut.xtaw nak luahkan macam mane lagi.:(






SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Saturday, May 7, 2011

my BFF...my mum...(korang xpernah rasa apa aku rasa)

salam.

da berapa hari aku xhupdate kan.bukan aku sengaja.tapi sekarang memang tengah busy dengan final exam yang tak habis-habis.sekarangg ni pun buku kat sebelah kanan.laptop kat sebelah kiri.so mane satu nak ambik ni.hahaha.dah2.tak boleh nak malas-malas.ni kan melibatkan masa depan.kalau tak belajar betul-betul macam mana nak buat mahligai kayangan hencik yusoff dan permaisurinya.sia-sia kalau aku jadi engineer tapi tak boleh nak mencantikkan rumah sendiri.

dah tak nak melalut sangat.aku taip entry ni sebab satu sebab jer.sebab aku nak wishkan SELAMAT HARI IBU buat ma tersayang @my BFF.

korang ada BFF ataupun BESTFRIEND.???

bagi aku menjadikan mak sendiri sebagai teman baik sangat best.kalau korang nak tahu aku ni sorang je girl dalam adik beradik  aku.aku xpernah rasa kasih sayang dari seorang kakak atau adik perempuan.memang aku ngaku kadang-kadang aku ni kasar sebab hidup aku dikelilingi orang lelaki.even cousins aku pon ramai lelaki.

dan sebab itula ibu atau orang yang aku panggil 'ma' ialah perempuan yang paling rapat dengan aku.dialah orang yang melihat aku membesar dari kecil lagi.kehadiran seorang puteri ni amat bermakna bagi ma.sebab itulah dari kecil lagi aku selalu lebih dari adik beradik yang lain.ma menjahit sendiri baju-baju aku masa kecil.macam-macam fashion ada.buktinya,ada 1 bungkusan kain penuh dengan baju-baju aku masa kecil dulu.kata ma, "sayangla nak bagi baju-baju ni kat orang.apatah lagi nakbuat kain buruk.atleast ade juga kenangan anak-anak bila ma tua nanti".sedih sangat aku dengar time tu.kadang-kadang aku yang merosakkan baju-baju tu.bukan apa.aku jadikan baju baby tu baju teddy bear aku.hehehe.

aku ingat lagi masa kecik dulu.apa yang aku tak pernah kena.tali pinggang,batang paip,hanger semua aku da kena.kalau cubit 2 toksah cakapla.tapi aku tak kisah.walaupun sakit,kesakitan tu la yang mengajar aku erti hidup.erti menghormati orang lain.erti berbuat baik sesama manusia.erti kesusahan.erti berdikari.kadang-kadang aku suka bersama ma.aku ade pembinbing setiap masa.jadi xdela aku buat silap selalu.

tatkala orang lain menyambut hari jadi,dengan kek,dengan macam-macam.aku tak pernah rasa semua tu.masa dulu aku hidup susah,bagi kami kek tu sesuatu benda yang mahal untuk dibeli.cukupla menghadiahkan kucupan mahal beliau di dahiku mengucapkan selamat hari lahir kakak.kalau korang nak taw kat rumah ayah n ma panggil kakak.sebab sorang pompuan kan.gelaran adik dah dirampas oleh adik laki bongsu aku.

paling aku ingat masa aku demam.aku selalu suruh ma buatkan aku "kuih demam".xsilap aku nama dia puteri mandi kot.tapi aku bantai je kuih demam.yela.masa tu kecik lagi.mana tau.ada satu hari tu kan ma kau keluar bandar.lepas tu dia balik belikan aku patung barbie.tapi bukan jenama barbie la.happy gila masa tu.demam terus hilang.mungkin dia kesiankan aku yang tak pernah rasa nak main anak patung macam anak orang lain.

dengan berbekal duit 50 sen aku pergi sekolah.dala jalan kaki.beg berat.aku tak pernah merungut.kadang-kadang ayah bawak hantar naik motor.tapi biasala.moto tua.kadang hidup kadang tak.kalau xhidup jalan kaki jawabnya.sekolah boleh tahan jauh.tapi aku dah biasa.kadang-kadang terlambat pergi kelas.cikgu selalu puji aku.pelik kan.datang lambat tapi kena puji.sebab apa.aku xpernah xdatang kelas even lambat.berapa taun aku dapat sijil kedatangan penuh.hehe.tapi aku bersyukur.parents aku xpernah hantar pergi tuisyen.xpernah upah cikgu.xpernah belikan aku buku rujukan sebab susah.tapi aku masih berjaya dapat 5A UPSR dan berjaya masuk ke ASRAMA PENUH.Alhamdulillah.

aku ingat lagi.untuk tambah pendapatan keluarga,ayah aku terpaksa kerja di KUALA LUMPUR sebagai PAKGUARD.berapa bulan ayah aku xbalik.kadang-kadang pos duit.kadang-kadang tak.mungkin ayah aku pon bersusah payah di sana.Ada satu kali tu,ayah xposkan duit.ma lansung takde duit.beras da tinggal sikit.aku paling ingat aku dan adik lapar.ma masak nasik.kitorang hanya makan nasik dan garam jer.Ya Allah!peritnya masa tu.aku nampak ma menangis.tapi aku dan adik tak pernah mengeluh.kitorang makan jer apa yang ada di tangan ma.itu kan rezeki ALLAH.

Di sekolah asrama,aku xpernah rasa macam orang lain.ma aku hantar dan ambik je selama 5 tahun aku di KEDAH.yela.kos nak pergi sana pon sangat mahal.macam mana nak pergi.aku xpernah dapat duit belanja macam kawan2 yang lain.nasib dapat duit biasiswa.itulah yang menjadi bekalan aku.meggi itulah santapan aku kalau da lapar sangat.masa tu nak beli KFC pon mahal sangat rasa.sehinggalah aku berjaya dalam PMR dan SPM dan seterusnya ke MATRIKULASI.sungguh banyak jasamu IBU.berpayah jerih mencari rezeki menoreh di ladang orang untuk menghantar aku ke menara gading.dan kini sehingga aku ke UNIVERSITI.masih banyak jasamu IBU dan AYAH.Alhamdulillah.hidup kami makin senang.abang sudah bekerja.AYAH mengusahakan sendiri ladang sawit.da MA mengusahakan kedai makan bersama MAK LONG.ALHAMDULILLAH atas rezeki ini.walupun dulu kami hidup susah.

sungguh banyak pengorbanan IBU.sampai aku rasa nak cerita semua kat sini pun dah panjang sangat."Terima Kasih MA"love you so much.sampai sekarang aku masih rasa kasih sayang ma.kalau aku balik cuti masa tidur mesti aku rasa ada orang peluk aku cium pipi aku.aku tau itu ma.sampai aku besar,xpernah kurang kasih sayang ma.ade masa kau umur 11 tahun,ma belikan aku patung POOH.masa tu da tidur.bangun pagi ade patung.sukela aku.yang paling aku sensitif sekali masa kat sekolah.aku selalu tepon nangis2.nak balik.ma mamang xleh dengar aku nangis.ma pon nangis jugak.2 yang aku xsuka.sebab tu sampai sekarang aku  xpernah nangis depan ma.sebab aku xnak ma mengalirkan air mata sebab aku.cukuplah air mata ma mengalir di saat menanggung kesakitan saat melahirkan aku dulu.sekian



sekarang ma da pandai cakap love u..mmuah2 lepas kol aku.hehe.mana ma belajar tah.hahaha



SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Thursday, May 5, 2011

sedih

salam..
dear blog..
maap..maap..maap...
a lot of sorry sebab xdapat nak hupdate.
bizi exam plus demam plus selsema yang teruk.
t da ok saya akan hupdate selalu yer.
papai.


SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Sunday, May 1, 2011

good luck kawan2...

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
salam.

korang tengah buat ape tu???study ke???especially untuk kawan-kawan yang sedang menghadapi peperiksaan akhir aku nak ucapkan good luck kat korang.aku rasa mungkin tak terlambat lagi kot nak wish good luck.walaupun ada kawan aku yang dah habis pon final and bersenang lenang dah kat rumah sekarang.macam aku,2 paper da lepas.hubungan etnik dan construction engineering.tinggal lagi empat paper lagi.lepas tu boleh balik rumah berjimba sesuka ati tak tentu hala.

kalau ikutkan hati memang banyak plan nak buat cuti ni.tapi aku takut macam hangat-hangat taik kambing jer.same macam cuti sem yang lepas-lepas.hampeh.satu hape tak jadi.makin membesarkan perut and habis duit adelah.hahaha.

dah malas nak cakap panjang-panjang sangat.nanti korang bosan pulak kan.papepon buatlah yang terbaik untuk masa depan anda.jangan nak bermuka buku,berblogging sane sini tapi pelajaran entah kemana yer adik.renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s:cara mudah nak study sila ke link nie....link.lepas tuh sila lihat pesanan di bawah selepas klik link...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
hahaha...xde benda yang mudah kat dunia nie kalo nak berjaya.korang carila kat google tu sampai dapat..
yang penting azam dan iktikad yang kuat untuk berjaya..korang pasti boleh..sori..gurau jer..:)





SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Friday, April 29, 2011

cerita wajib tengok (girls only)

salam.
Day 2 : Your favorite movie

sumpah aku rase macam tak memegang janji bile patutnye challenge day 2 ni hari semalam tapi hari ni baru aku buat.haha.tapi bukan maksudnya aku suka mungkir janji tau.aku just amat-amat busy(busyla sangat kan) menghadapi final exam yang tak sudah-sudah.

so,paper tinggal lagi 4.cepatlah habis.gua dah tak sabar dah nak bercuti,berjimba bersuka ria.gilalah tadi.soalan construction engineering tadi sebijik tip stapi nak buat macam mana.aku bukanlah seorang manusia yang sangat mudah percaya pada tips.aku lebih suka baca semua walaupun sampai dah tak larat dah nak baca.banyak sangat kot nak kena baca (bajet rajin 0_0)

dalah.banyak sangat dah aku membebel tak tentu hala.kita mulakan isu utama kita ye adik-adik.cakap pasal peberet movie ni buat aku pikir apa yep peberet movie aku.dalam banyak-banyak aku pilih Wild child la.korang pernah tengok tak movie ni??

bestla.aku suka cerita disney macam ni.pasal remaja,pasal fashion,budak-budak sekolah.pasal anak orang kaya liar sume sampai kena hantar pergi boarding school.banyak betul warna pink dalam movie nie.i loike ok =.=. then last-last die berubah jadi baik and jadi pelajar contoh.bestla.tengokla.sumpah best.bagi budak perempuan.kalo budak laki aku da rase kompius semacam kalau korang suka cerita ni.maybe berlaku kecelaruaan identiti kot.haha.k lah.kat sini aku ade sediakan trailer pasal cerita ni sikit.nie movie ke???haha.entah.whatever!!!



ni ada link kalau korang nak download:http://www.mediafire.com/?0rc54xlezjm

notagigi:tengah dalam dilema...

SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Tuesday, April 26, 2011

Day 1 : Your favorite song

30 things in 30 days challege..

salam..

sekarang ni aku tengah study week.so memang tak ada mase nak hupdate belog bagai ni.setakat jadi stalker and kalo dah bosan mengadap buku sampai terjojol bijik mate aku barulah aku berblogwalking sane dan sini.disebabkan aku sangat bizi dek menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang(esok kot dah start),aku memang tak ada masa nak menulis entry.so aku rasa kalo buat 30 things in 30 days challeges ni best jugak kan.atleast ada lah idea nak buat apa.xdelah belog aku ni bersawang selama enampuluhempatjutahari.tett.

dah stop.japgi aku nak tido merehatkan minda yang kusut disebabkan HE...bukan he..he..he..ye adik-adik.tapi HUBUNGAN ETNIK taw.camnihla sikap patriotisme yang perlu ada bagi setiap penduduk MALAYSIA ok!.sumpah aku dah rase pelik semacam.awat ayat aku macam skema nak haremm..penangan HE la nie.memang betol-betol berkesan beb.

so malas nak panjang-panjang.lagu kegemaran aku or dalam bahasa JAWAnya my peberet song ialah lagu

Take My Heart(SOKO)
best wooo.aku bab berjiwang karat hijau ni memang aku suka babe.yoyo...oo je kan.tapi lagu ni sesuai ditujukan kepada hencik sayang anda-anda sekalian.sumpah nangis air mata darah bila dorang dengar.
dengar la.best kotttttt.aku siap letak lirik dia sekali.karokla korang puas-puas sampai bernanah telinga orang sebelah dengar.hahaha.



You can take my heart for a walk on the beach
You can take my heart for a little trip
You can take my heart very close to your heart
You can take my heart forever if you like

But not every heart belongs to any other
You and I
You and I are meant to be
I'm the one for you, You're the one for me
You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin
I want you so
Please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And I kiss you, too
And I kiss you, too

If I take your heart, I will cherish it every day
If I take your heart, I will heal these old wounds
If I take your heart, it's to make it happy
If I take your heart, it's forever close to mine

But not every heart belongs to any other
You and I
You and I are meant to be
I'm the one for you, You're the one for me
You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin
I want you so
Please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And I kiss you, too
And I kiss you, too

(violin solo!)

I don't care, I don't care
If I'm again carried away
If you swear, if you swear
To give me your heart in return
To give me your heart in return

I don't care, I don't care
If I'm again carried away
If you swear, if you swear
To give me your heart in return
To give me your heart in return

SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Thursday, April 14, 2011

study time

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

salam semua.sekarang ni aku tengah bermastautin dekat library.aku tak tahu apa nak jadi.banyak lagi tak baca ni.esok da exam.uwarghhhh.tensen tolla.mane mood ni.tolongla datang please.sumpah kalau macam ni je dari tadi memang takleh nak jawabla aku nanti.mmmm.kla.aku nak study ni.please2.sori entri melalut.kbai.

SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Wednesday, April 13, 2011

:)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

apa khabar semua.fuhhh.ni yang paling gila kot aku buat.lama gila aku xhupdate blog weh.bukan taknak hupdate tapi kebizian yang melampau menghalang aku nak update.aku bukan tak bukak blog.tipula kan.tiap kali aku tekan google chrome mesti aku tekan dashboard.tapi apakan daya.aku hanya mampu nak stalk blog orang lain.blogwalking tanpa tinggalkan jejak.sebab aku tau kesian orang nak datang balik kat blog aku.tengok-tengok blog da lame xberhupdate.cian kat dorang.so aku stalk dari jauhla.banyak cite sebenarnyer aku nak cecite kat blog ni tapi tak tau nape xterluah-luah pon.sekarang aku tengah bersedia nak hadapi final.next week dah study week.jumaat test 2 geology.tapi aku harem tak study ape lagi.bukan xmahu tapi aku pening kepala gila kot.(tipooo).sumpah.nak tidur takleh.nak makan boleh pulak.tadi pening-pening pun sempat lagi aku masak ayam masak tomato,telur dadar dan sayur kacang buncis masak kicap berkahwin dengan telur.nyum2.sedap tau(hampeh puji masakan sendiri).

actually,tadi housemate keluar.dorang ade tanya nak tempah mcD ke tak.mula-mula siap tempah nak makan Bigmac tapi tiba-tiba aku cancel.wahhh.sungguh tak percaya.nak tahu tak kenapa aku cancel last minute??.gara-gara pokai dihujung bulan la ni.hehehehe.jimat punya pasal beb.sanggup aku cancel makan makanan peberet aku tuh.takpela.lain kali kan boleh beli lagi.aku ni sebenarnya bukan jenis nak berkira sangat pasal makan ni.lagipun McValue Lunch.bapela sangat kan.tapi sebab dah masak kot kat rumah.buat apa nak membazir.tak baik membazir tau.

oklah.dah banyak sangat aku membebel.kbai.

SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Wednesday, March 23, 2011

best ke kawen awal???

salam readers..
setelah sekian lame aku dok biar blog nie bersawang..
tiba2 rini aku cakap sal kawen lak..
gila kan..
padahal xsedar diri ari jumaat nie ade test engine math 4...
xpe..ilek r der..kecohla...
aku 2 3 kucing berlari menjak nie asyik dok pikir sal kawen jer...
mungkin ker sebab angin gatal merenyam datang..
xjugak sebab aku mandi guna lifebouy wa cakap lu...diyakini xde kuman bebeh..
nak kate virus jangkitan paru-paru pon masih bukan sebab
 umah aku dikelilingi tumbuhan malar hijau nan pesona..
padahal rumput panjang entah bile tuan rumah nak potong....
dah sah aku berjangkit nie..
berjangkit angin gatal nak kawen awal..
mane taknyer cousin aku baru kawen ari sabtu lepas..
inai kat jari aku pon xilang ag nie...
muda dari aku kot..umo 19..
sape xjeles...wa xkawen2 lu da kawen...
xleh jadi nie....lu da langkah bendul..
wa mahu hantaran dua puluh dirham emas...
ade beran????
arghh..ngarot..
pastu dalam bas on the way balik uni beramah mesra ngn akak sebelah..
akak 2 sangat cute..muka mcam kanak2 riang jer lagi...
tanyer die nak dari mane nak ke mane..
"balik umah jumpa suami dik"
fuyoohh...
mate aku terbeliak..
wat2 xpaham...
aku tanyer die akak umo bape???
die cakap 23 n husband die 27..
dorang nikah dulu baru sanding sbb akak 2 ngah belajar lagi..
arghhh..
jeles aku melanda lagi..
mahu kawen juga..
gedik,ngade,gatal kan aku..

bukan ape..
sebab2 patot kawen awal:

1)sunnah nabi...
2)elakkan maksiat,zina,dose kering kontang sume...
3)dapat cari pahala banyak
4)hidup ase tenang..otak ase suci..belajar pon senang...
5)dapat semayang jemaah ngn husband..
6)ade teman hidup susah senang...
7)ade pembimbing...

yang penting dapat menjadi seorang isteri yang solehah..
aminnnn...

salam....




SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Saturday, March 19, 2011

xsabar nk kawen.....

salam....
Rini cousin aku kahwin..
Tadi nikah..
Esok sanding....
Aku lak yang ase berdebar..haha..
Ase xsabar lak nak kawen..
Kla..t update lain..susah nak type kat enpon..
Bye..adioss......
SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Sunday, March 13, 2011

rindunyer....

rindu nak hupdate blog..
bile tah nak start hupdate..
asyik bz je manjang..
mmm..
:(

SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Saturday, March 5, 2011

aku sumpah...

salam semua...
moga hepi2 slalu..
arghhh..
tyme aku ngah menaip entry ni sumpah aku ngantok gile...
mata dah macam kura-kura xcukup vitamin
setelah berfoya-foya dan berjimba kat BP tadi..
papepon edisi membiak lemak2 kat McD tadi akhirnya berjaya..
balik2 ngantok..
nasib xterus tido..
kalo x memang lemak 2 membiak dengan pantas skali..
sampai umah jer aku ngadap laptop..
padahal bukan buat ape pon on9..
pastu nampak kat boomark perkataan "dashboard"
baru aku ingat..
upanya aku ade blog..
hahaha..
sumpah wei aku bz..
xsempat nak update blog..
keje banyak..
sampai nak dating pon kene curi2 mase..
siyes aku rindu nak berblog balik..
apakan daya..
gua xmampu..
guan insan yang lemah..
sebab gua lagi suka tido dari pandang laptop yang menyakitkan mate..
tipu...
gua suka blogging..
tapi sumpah xde mase..
kalo ade orang keje updatekan blog orang bagus gak kan..
owhh..
2 sangat mustahil..
kalo die update blog aku sape nak update blog die kan..
xkan pak cik tempe umah jiran sebelah jambatan...
mestilah x..
kla..
jari da lenguh..
mate da ngantok..
chow dulu..
salam...




SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Monday, February 21, 2011

tips elakkan kulit berminyak dan kering..

salam semua...
arini aku nak review sal satu produk nie..
memang berkesan dan dijamin..
mula2 aku xpenah cuba produk nie..
but mase dah pindah umah sewe ade akak yang sewe
sekali ngn kitorang kenalkan produk ni kat aku..
patotla aku tengok kulit die bersih semacam jer..
die hujung minggu jer mesti pakai benda alah nie..
jeng2x..
korang mesti nak taw kan ape name produk 2...
aku pakai pon sumpah ase best giler..
b4 ni kulit aku jadi kering sampai menggelupas..
kalo pakai bedak kompem nampak menggelupas..
pas da pakai mmg kulit ase licin dan lembut...
ni hah produk die...
-
-
-
-
-
-
-
-
-

*bedak kulit rambai...
die macam kunyit..
tapi kasar macam beras kene blend..

cara pakai:
letak dalam bekas...
bubuh air..
dan sapukan pada muka..
seluruh badan pon boleh termasuk bawah lengan....
boleh hilangkan sekali daki2 kat badan korang tu..
bagi kering pastu baru bilas..

korang boleh dapatkan kat kedai2 jamu..
aku pon xpasti nak beli kat mane sebab akak ni beli kat kelantan...
dalam plastik besar lak 2..
selamat mencuba..
aku just nak kongsi2 jer..

perempuan xleh lari dari kecantikan

SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Saturday, February 19, 2011

tag from cik gojes...

thanx cik gojes bagi tag..
even sangat2 busy but try gak wat kan...


instruction : once you are tagged, answer the question honestLy. No Lying or cheating ok ? yela..mane ade tipu..xbaik..
starting time : 10.09 pm
name : cik mas ayu
brother(s) : 2 abang sorang adik....saye sorang gurl keh!!
eye coLour : dark brown *bajet mat salleh..haha
shoe size : 4 setengah or 5 *xpadan ngn badan..haha
hair : sibuk je nak taw..ade rambutla 
piercing : subang sudey!!
height : 158 cm *pendeknyerr
what are you wearing right now : suar polka dot..baju tshirt 
where do u Live :semua penah dok..
favourite number : 1 and 7
favourite drink : orange juice
favourite month : july and march
favourite breakfast :lempeng cik jah...opkos my mum's cook


HAVE YOU EVER


broken a bone : xtawla pulak...
been in a poLice car : kete polis mainan adela...
faLLen for a friend : xpenah..
faLLen for a guy / girL for a short time : xjugak..take time
swam in the ocean : mestila penah...
broken someone's heart : no komen....
cried when someone's died : penahla...
sat by the phone aLL night waiting for someone caLL : tunggu hencik sayang kol..hehe
saved e-maiL : banyakla...
been cheated : penah ker????errrrrrr..


WHAT


your room Look a Like : bawu mop siang tadi..
what is right beside you : timbunan baju nak lipat...
what is the Last thing you ate : ayampercik beli kat pasar malam..


WHO


the Last person you teLL : cik sayang....
who was the Last person you danced with :sekolah menengahla..tarian hape tah..xingat..ngn dak2 schoolmates la..
who Last made you smiLe : hencik sayang


FINAL QUESTION


what are you Listening right now : sunyi sepi...
what did you do today : belajar memandu...dating..
are you the oLdest :paling muda...yeha...
indoors or outdoors : outdoors opkos..


TODAY DID YOU


taLk to someone you Like :yep..hencik sayang..
sing : yes...
taLk to an ex :nak buat ape?????????
miss someone : yes..my mom...
eat : wajib !


LAST PERSON YOU TALKED WHO


you taLked on the phone to : housemate ..kak awin..
made u cry : xder...
you went to the maLL with : hencik sayang..housemates...
who cheered you up : mereka2 yang sayang saye..

have a crush on someone : hencik sayang..
what books are you reading right now : hydraulic..boring..
best feeLing in the worLd : dapat makan char kuew teaw paling sedap...
future kids name : danish...
do you sLeep with stuffed animaL :xla..apekejadah..
what's under your bed : pakai tilam jer..
favourite sport : basketball..hockey...bola sepak..
favourite pLace : tasik y
do you have a job : student
what time is it now : 10.27

with however Long it took you to compLete this,
post as "my 14 minutes survey" and tag 15 peopLe...

*malas nak tag orang..
cian dorang nak jawab..
hehehe..
sape nak jawab jawabla..
xde paksaan k..
bye2..:)

SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

::jom tengok iklan menarik:)::