Monday, April 3, 2017

Setelah setahun tak menulis

Assalamualaikum.

Allah. Setahun tinggal blog. Rindunya nak menulis balik. Yela. Kadang-kadang bila menulis ni ibarat kita bercakap dengan seseorang kan. Rasa lega bila segalanya diluahkan dengan penulisan. Tak sangka dah setahun. Macam-macam yang berlaku. Mungkin medium blog ni dah tak berapa trending. Tapi menulis sebenarnya satu terapi. Takkan nak pergi meroyan sorang-sorang dekat Facebook. Tak ada orang nak layan. Hehe.

20 Februari 2017.

Lahirnya seorang amanah Allah dan seorang khalifah di muka bumi yang bernama Afeef Miqdaam. Yang Suci. Yang Berani. Sesuci cinta Ummi dan Walid. Semoga dirimu berani dan kuat menghadapi pelbagai dugaan yang mendatang.Amanah yang tidak disangka-sangka di saat Ummi belum bersedia membina kembali kekuatan. Namun, hadirmu memecah kesunyian malam, memberi sinar bahagia di mata Ummi dan Walid.Tak lupa abang Anas yang paling happy. Setiap hari akan cium dirimu tanpa jemu. Semoga membesar menjadi anak yang soleh ye sayang.

2017 juga mengubah pandangan Ummi pada kehidupan. Kehidupan yang dulu selalu Ummi angan-angankan. Tapi hakikat sebenarnya tidak semudah yang diangankan. Boleh jadi lebih sukar dari yang dibayangkan.

Masa sekolah menengah, bila ditanya cita-cita Ummi mahu jadi apa. Dengan bangga Ummi jawab. "Saya nak jadi engineer cikgu."Ya. Memang Ummi lepas sekolah masuk Matrikulasi. Kemudian masuk universiti belajar dalam jurusan Kejuruteraan Awam, Dah nampak rentak disitu. Sambung pula Master. Tapi hakikatnya bukan itu yang Ummi mahukan. Bukan tak bersyukur. Tapi Ummi tak bahagia. Ummi jadi memberontak bila cita-cita Ummi tersadai. Bukan Ummi salahkan Walid sebab nak kahwin awal. Ummi bahagia. Bukan Ummi salahkan Walid sebab dia beria nak duduk di Batu Pahat. Ummi tahu peluang Ummi kerja semakin nipis jika pindah ke Batu Pahat. Bukan salahkan Walid juga sebab terpaksa ikut pindah sana sini sampai kena extend belajar. Ummi tak pernah salahkan Walid. Cuma Ummi rasa Ummi perlu mula buat sesuatu yang Ummi suka tanpa kisah pandangan masyarakat.

Im happy as a.full time housewife. Dan a working at home Ummi now. Sambil uruskan keluarga,sambil jaga anak dan sambil cari pendapatan. Ambil masa nak berkembang. Macam Ummi awal-awal daftar sebagai agen dengan 5 botol serum sahaja. Dan sekarang Ummi dah upgrade sebagai stokis Elysian Beauty dengan sale hampir 10K sebulan tak sampai setahun sebagai stokis.

Orang tak nampak susah payah Ummi. Orang nampak kerja makn gaji bagus. Duit banyak. Lebih bergaya. Kereta besar. Sedih. Sedih dengan mentaliti kelas ke 10 masyarakat. Kalau kerja makan gaji gaji 2K. Bayar pengasuh, minyak kereta, itu ini. End up duit hampir negatif. Tu bagus ke? Duduk rumah bines online pon boleh dapat 2K. Anak pon tak terabai. Yang mana lebih membahagiakan? Yang kereta besar, rumah besar baju jenama KLCC ke? Buat apa kerja kalau saving RM50 pon tak mampu letak tepi. Memang. Orang pandang luaran. Hakikatnya masyarakat memang macam tu. Lagi suka ambil tahu hal orang dari jaga hal tepi kain sendiri. Bila susah nak ke  hutang sana sini. Terima kasih atas nasihat lapuk tu.Kalau tak diuji kesabaran ni, mungkin Ummi dah buat keputusan yang silap.

Kesimpulan. Allah dah rancang yang terbaik untuk HambaNya. Kita hanya mampu merancang. Allah jua yang menentukan. Jadi jangan persoalkan itu ini, begitu begini. Enough.

Belanja gambo adikla satu. Sama tak macam abang kecik-kecik?




SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

Wednesday, February 18, 2015

Lahirnya amanah Allah..Anas mishary

salam..sekian lama xupdate blog..sebelum masuk blaja balik n hilang ingatan pasal pengalaman melahirkan anugerah Allah yang tidak ternilai ni better update kat sini..hope umi xlupa jerih payah umi lahirkan adik..

Sepatutnya due date(EDD) jatuh pada 27 disember 2014..tapi sign nak bersalin still xde..umi n walid bukan main syok dating sana sini..makan sana sini sebelum adik keluar..kebetulan 27 tu kenduri kat rumah nenek Ana..so nenek adik cakap xpayahla pergi hospital lagi kalau tak rasa sakit..so umi ikutkan aje...padahal dr.siti mariam which is my gynea kat SALAM speacialist hospital shah alam dah soh umi datang 26 disember suruh serah diri..kalau boleh umi taknak induce..denfar org ckap sakit..so umi pon pergila kenduri..sempatla adik merasa kambing golek sebelum keluar ke dunia..

Then, 28 disember tu umi pergila hospital sbb dah overdue..midwife buat VE dan baru 2cm..so die cadangkan suruh balik rumah..umi pon balik umah cik Yanti balik kat Putra Heights..

Esok pagi which is 29 disember masa nak mandi ada keluar tanda darah..tapi umi xrasa sakit lagi..lepas mandi adela rasa sakit perut..tapi sakit2 manja jer..umi wat relaks jer..makan dulu puas2 kat rumah sebelum decide pergi hospital..

Dalam pukul 2.30 petang umi pon pergi hospital..dalam pukul 3 ptg midwife buat VE dalam 3 cm..So die tanya umi nak natural ke induce..opkosla umi pilih natural n bersenang lenang kat wad..

Pukul 6 ptg midwife check lagi dah 6 cm..siap tanya nak g labour room x..umi taknak lagi sebab nak keep natural..mase tu dah takde brsenang lenang..dah starts sakit 15 min sekali..tapi Alhamdulillah umi sempat solat maghrib n isyak dulu b4 masuk LR..masa tu nak solat pon tahankan jer sakit.. Allah jer tahu sakit contraction cmne..nak describe xtaw..tapi berganda dari sakit senggugut..kol 8.30 malam lepas isyak umi pon masuk LR..masa tu dah 8cm..n midwife still check for every setengah jam..tapi still 8 cm..masa tu umi tahankan jer sakit asek kene seluk jer..bila Dr datang barulah tahu yang rupanya kepala adik senget..bukan kat laluan..so dr betulkan balik n umi terpaksa kne drip sebab masa dr pecahkan air ketuban, air tu dah warna hijau..thats mean adik dah berak dalam tu..

Start je pasang drip barulah umi sakit contraction yang every 5 minit..masa tu walid dah pucat muka tengok umi menahan sakit..nafas pon dah turun naik..tiba2 rasa macam nak buang air besar..rupanya tula rasa nak bersalin..dr suruh push..alhamdulillah lepas beberapa kali push kepala adik pon keluar..masa tu dah lege..umi kene episitomy pon xsedar sbb sakit cntraction bg umi lagi sakit dri sakit beranak..tak tahula org lain sbb msg2 pengalaman berbeza..tepat pukul 12.14 pagi 30 disember 2014 lahirla seorang budak bam bam seberat 3.5 kg dari rahim umi..masa dr letak atas perut umi masa tu sebak and tak percaya dah ada anak sendiri disaksikan oleh walid..barulah walid tahu ssh snang jadi seorang wanita..Then umi rasa penat n tertdo..masa tu nurse dah mandikan adik..Bila umi bangun walid tolak umi masuk wad..nurse pon bawakla adik..Masa tulah first time umi peluk adik lama..cium adik yang berbau syurga..n susukan adik dengan air susu umi..masa tu sebak sangat..terasa bonding ibu dan anak..Alhamdulillah yang Allah Kau berikan hambaMu ini peluang menjaga amanahMu..semoga adik membesar jadi anak yang soleh..Amin..




SUKE ANGKAT IBU JARI!! ^______^

::jom tengok iklan menarik:)::